Thursday, January 13, 2011

aku cuma perlukan sedikit belas kasihan~

SUNGGUH. Sangat sukar untuk keluar daripada stigma. Stigma yang wujud, mungkin daripada singkatnya masa kita menemui sesuatu, ataupun sesiapa itu. Entahlah. Kawan kepada kawan aku cakap, witin tresno jalaran soko kulino dalam bahasa Jawa yang bermaksud timbulnya sayang kerana terbiasa berdekatan. Katanya sambil senyum kepada aku satu ketika dulu. Tapi, sepanjang aku hidup dan membesar dalam lingkungan masyarakat ini, aku lebih bersetuju dengan satu pepatah Inggeris, Familiriaty breeds contempt : bila terlalu dekat, maka tiada lagi keburukan dan kebaikan sikap masing-masing yang tersembunyi. Hilang segala kekaguman dan penghormatan!

Aku, masih seperti dulu. Aku bukan siapa-siapa, jauh sekali mahu meminta mereka menghamparkan kapit merah menyambut aku. Tidak. Aku tahu dengan sesungguhnya bahawa, kau atau mereka berhak untuk tidak berhenti membantu, apatah lagi senyum gembira menghulurkan salam. Cuma, apabila sesuatu itu namanya "tanggungjawab", dan "tanggungjawab" itu terkait secara tidak langsung dengan aku, maka, aku mahukan situasi dalam bentuk kerjasama daripada mereka atau dia agar dapat meringankan sedikit ke'kompleks'an hidup aku yang memang sedia kompleks ini. Aku cuma perlukan sedikit belas kasihan. Hidup aku sudah terlalu kompleks, maka, jika kau tambah walau hanya 0.1% kekompleksan di dalamnya, aku tidak jamin, insan yang akan bangun esok pagi itu, adakah masih sama dengan insan yang sedang menaip dan berfikir ketika ini.







Sunday, January 9, 2011

KITA = Kerana Itu Takdir Aku

Semua orang sedang berjalan di atas garisan takdir mereka sendiri. Aku juga begitu. Bergerak bersama masa. Masa yang tidak pernah tahu erti menunggu. Mereka yang aku kenal dahulu, ada yang di depan, kiri dan kanan. Sibuk mengatur langkah, menyambungkan titik-titik takdir mereka. Masa yg kejam terus berlalu. Mengheret usia, tapi bukan mindaku. Maka, aku masih seperti dahulu, tenggelam bersama suara, suara yang menzahirkan rasa. Membiarkan mereka berlalu mengejar takdir mereka. Aku tidak akan menyapa, aku tidak akan bersuara. Hanya diam. Diam bersama suara, suara yang menzahirkan rasa.

Friday, January 7, 2011

Si pikun gila

Tahu apa? Sikap manusia yang paling bahaya ialah "suka menilai membabi buta". Aku tahu, fitrah manusia suka memandang sesuatu yang indah, cantik dan sesinonim dengannya. DIA sukakan keindahan, dan begitu juga kita. Tapi, harus diingat, DIA Maha Mengetahui dan! kita tidak. Maka, manifestasi daripada itu, keindahan luaran yang dilihat itu akan menjadi sangat bahaya sebab, daripada memandang, kita akan mula menilai hanya berdasarkan rupa luarannya, membuat generalisasi secara tergesa-gesa, dan kemudian, hasil daripada penilaian yang belum tentu benar itu, kita akan mula memujanya. Lantas, apabila sudah mula memujanya, maka hilang segala kewarasan! yang tinggal hanya gila.
Dan, apabila sudah gila, maka kekallah kita di situ, terperangkap dalam gila. Masa terus berlalu... kau, aku dan mereka masih statik. Masih gila dan mungkin semakin gila apabila "yang indah" tadi terus gembira bermain bersama masanya. Meninggalkan kita sendirian gila dan bertambah gila. Terperangkap begitu, akal terbejat, sedangkan masa terus berjalan, menyebabkan kita menjadi pikun. Pikun, tapi gila.

Thursday, January 6, 2011

Jangan salah pilih...

Aku selalu kata kepada diri aku sendiri, juga kepada orang-orang sekeliling aku yang tiba-tiba meluahkan perasaan sakit hati mereka atas perkara-perkara buruk yang terjadi ke atas mereka selepas mengambil satu keputusan. Sudah tentu keputusan itu keputusan mereka sendiri. Aku kata : “hidup ini ada banyak pilihan..” Betul?

Hal ini bermakna, sebelum kau tersakit hati secara tiba-tiba disebabkan oleh keputusan yang KAU ambil itu, kau kena akui, kau sebenarnya ada banyak pilihan, dan! Salah satu pilihan yang ada ialah dengan TIDAK memilih pilihan yang kau ambil sekarang ini. Betul?

Tapi, Oleh sebab kau sudah terlanjur memilih pilihan kau sekarang ini, yang menyebabkan kau dengan secara tiba-tibanya menjerit tidak puas hati, meraung memaki diri atau menyesali pilihan yang kau pilih sendiri itu, aku nasihatkan (maaf, aku sedar, kau sekarang bukan perlukan nasihat, tapi bacalah ini sebagai satu kata-kata daripada Barrack Obama yang kau sanjung tinggi itu), Terimalah pilihan kau itu seadaanya. Cubalah terima kenyataan yang kau sudah memilih pilihan itu dan cubalah untuk hidup aman damai dengan pilihan YANG KAU BUAT ITU! Jangan menjerit di depan aku, dia dan mereka. Kami tidak bersalah dengan pilihan kau itu!

Wednesday, January 5, 2011

Siapa kata jadi cikgu tu senang??

Sudah 3 hari bekerja. Masuk ke kelas untuk relief kelas. Relief sahaja. Sebab, aku dan rakan-rakan guru yang baru melapor diri pada 22 november lalu belum mendapat jadual mengajar lagi. Best?. Tidak. Malah sangat menyusahkan sebab kami berpotensi untuk masuk ke semua kelas. Sudah nama pun jadi guru relief... Kalau sudah ada jadual sendiri, kurang sikitlah masa untuk kerja "membuang masa" di kelas. Dan, kurang sikit rasa sakit hati dan sakit tekak kalau tiba-tiba diarahkan untuk menjaga kelas hujung. Macam tadi.
Aku masuk kelas G, terpaksa. Sebab, itu kelas aku. To be accurate, kelas sementara aku. Maknanya, aku menjadi guru kelas mereka. Haduh! Sakit jiwa raga. Pening kepala tahap intoxicated!. Itulah kelas hujung yang paling huduh perangainya sepanjang 3 hari aku di sini. Kenapalah aku jadi guru kelas G tu... dugaan betul. Lagi dugaan kalau tiba-tiba aku diarahkan untuk mengajar kelas itu. Naudzubillah... (jahat x jahat aku ni?). Eheks!
Siapa kata jadi cikgu tu senang??

Monday, January 3, 2011

Dengar!

Hari pertama bekerja secara rasminya sebagai guru. Macam mimpi. Jumpa balik para pelajar. berceritera di hadapan mereka. Bercakap di hadapan mereka, mereka yang memberi perhatian (sekurang-kurangnya setakat ini) rasa bahagia. Rasa dihargai. Rasa didengari. wahh!! best! Kali ni, biar aku bercakap sampai tercabut anak tekak. Kau duduk diam-diam. Dengar!

Sunday, January 2, 2011

Sahabat : belajarlah mendengar..

Sudah!. Berhenti dari berkata "biasalah, semua benda ada permulaannya". Itu klise. dan benda2 yang klise ini amat membosankan! Noktah.
Benar. Setiap perkara perlu ada permulaannya, tiada ruang dalam kepala otak aku yang masih waras ini untuk menidakkan hakikat ini. Malah, aku percaya, jika aku tidak berani mengambil langkah permulaan itu, maka aku tidak akan ke mana-mana. Masih di situ. Membazirkan otak dan nafas yg Allah bagi free ini sewenang-wenangnya.
OK. Aku mengaku dengan sesungguhnya bahawa "kau betul". Sudah, cukup. Sekarang, pergilah kau menyebarkan kata-kata itu kepada orang lain. Tapi ingat satu perkara, "jangan sesekali memberi nasihat kepada mereka yang tidak perlukan nasihat".
Kau tahu apa yang membezakan kau dengan dinding? Tahu kenapa kadang-kadang aku lebih suka berbicara dengan dinding yang mati itu? Sebab, sekurang-kurangnya dinding itu membenarkan aku bercakap. Menyebabkan aku rasa didengari. Kau tidak tahu! Sebab kau tidak pernah cuba untuk mengetahui rasa itu. Rasa muak! Muak mendengar kau bercakap!
P/s : Sahabat, belajarlah mendengar..