Thursday, October 20, 2011

klise yang sakit

Lama tidak membuka blog. (ayat skema) Seperti biasa, aku sibuk (ayat menipu). Dan sudah tentu, banyak perkara yang berlaku sepanjang waktu ini, perkara2 yang terjadi dengan semulajadi dan menyambungkan titik-titik takdir. Titik takdir yang sudah tidak boleh diubah, dipinda, dan diapa-apakan. Kekal di situ. Berbekas di hati dan akan dibawa sampai ke mati.

Semua yang hidup akan mati. Ya. Klise, semua orang tahu, semua orang faham, tapi ia tetap menyakitkan apabila kita terpaksa mengalami dan menerima bahawa klise itu benar. Dan, ianya lebih menyakitkan apabila tidak ada apa2 yang kita boleh lakukan selain menerima dengan seadanya bahawa, mereka, insan yang kita sayang itu, dan mungkin hanya mereka yang menyayangi kita dengan sepenuh jiwa raga itu sudah tiada. Hilang tempat bergantung, hilang tempat mencurahkan kasih sayang, dan hilang tempat untuk menagih kasih sayang. Mereka yang memberi dan menerima tanpa prejudis. Dan sudah tentu, tidak ada manusia lain yang akan dapat menggantikan tempat itu. Tempat ibu dan ayah yang wujud tanpa perlu dicari (bagi aku yang menerima kasih sayang ibu dan ayah sejak kecil). terima kasih ibu. terima kasih ayah. (Sudah tentu ucapan terima kasih ini tidak cukup untuk membalas segala-galanya). namun, hanya ini yang mampu aku lakukan atau masih mampu aku lakukan.

Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh arwah ibu dan ayahku... ameen...