Saturday, June 9, 2012

Blessing in disguise


Kau dan aku berbeza.  Hakikat itu yang menyebabkan kita, tidak boleh menggunakan menggunakan ukuran orang lain untuk melihat siapa kita pada masa sekarang dan apa kesudahan kita pada masa akan datang.  Orang tua-tua kata, "ukurlah baju di badan sendiri".  Pepatah ini sebenarnya membawa maksud yang sangat dalam dan sangat penting untuk difahami.  Jika diterokai maksud pepatah ini, maka kita akan sampai ke satu tahap bahawa, kita tidak perlu kecewa atas setiap perkara yang terjadi terhadap diri kita.  Setiap kita sudah diprogramkan menjadi apa yang kita sekarang dan pada masa akan datang.  Kenapa?  sebab kita berbeza.  Sikap manusia yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza juga untuk mendidik insan itu untuk kembali kepadaNya. 

Maka, apakah dia pendekatan yang berbeza itu?  Ianya ralat.  Orang pandai memetaforakan hidup ini sebagai "sebuah perjaanan yang panjang" dan kita sedang bergerak di atas jalan hidup kita sendiri.  Dan, semasa bergerak itu, kita akan menemui insan-insan lain.  dan, ada antara mereka akan menjadi sahabat kita apabila kita merasakan kita sekepala, sekapal, sesoket.  Ngam!  Kita buat lawak, dia tolong gelak.  Kita sakit, dia tolong rawat.  Kita buat kerja, dia tolong tengok.  huhu.  Tolong la juga tu.  Pendek kata, ngam.  Dan, kalau kau jumpa insan yang sebegini, tolong jangan sakiti dia sebab, mungkin dalam kamus hidup kau, tidak ada lagi insan yang seperti dia, melainkan dia.  

Namun, dalam hidup ini, boleh dikira orang yang menemui sabahat yang baik, ngam, sesoket, sekepala seperti itu. Sebab apa, sebab ralat itu merupakan tools untuk mendidik insan untuk kembali kepadaNYA.  Kadang-kadang kita akan jumpa kawan yang suka ambil kesempatan atas kebaikan dan senyap kita.  Kenapa?  untuk mendidik hati kita menjadi lebih sabar dan kemudian ikhlas.  

Kadang-kadang kita ditinggalkan.  Dan, ditinggalkan oleh ibu dan ayah lah dugaan yang paling hebat.  Terus-terang, sehingga kini, aku masih belum biasa menerima keadaan ini.  Namun, kesedihan akibat dugaan ini mungkin dapat aku atasi dengan agak mudah (walaupun sakitnya masih tetap ada) kerana aku telah terbiasa berjauhan dengan kedua-dua mereka.  Bayangkan, aku merupakan pelajar yang tinggal di asrama sejak dari tingkatan satu, dan apabila masuk universiti juga, aku ditakdirkan tercampak ke utara semenanjung menyebabkan aku tidak ada pilihan lain selain tinggal di asrama.  Maka, apabila sudah terbiasa bergerak dan membuat keputusan  sendiri, maka kesedihan ditinggalkan itu, walaupun sakit, namun, alhamdulillah, masih dapat aku tanggung.  Nah!  kan aku dah kata, setiap perkara itu bersebab.  Kenapa aku ditakdirkan tinggal berjauhan dengan keluarga sejak kecil dan baru pandai berfikir?  Sebab, pada usia baru pandai menilai dan mencari duit sendiri, aku telah ditakdirkan olehNYA untuk kehilangan kedua-dua mereka.  Dan, dalam hidup ini, rasanya, aku sudah mangli dengan rasa kecewa dan sedih akibat ditinggalkan itu.  haha.  Kenyataan yang sumbang!  namun, berharga. Pengalaman-pengalaman itu sedikit demi sedikit telah membina tembok dalam hati aku ini.  Tembok pengeras hati.  Hahah.  

(maaf, tiba-tiba menjadi ruangan meluahkan perasaan. haha)

Klise dan berdasarkan norma masyarakat, kita lahir, sekolah, bekerja, berkahwin dan beranak.  Maka, apabila kembali kepada persoalan ukur baju di badan sendiri, aku sedang belajar untuk tidak menggunakan ukuran itu untuk melihat siapa aku pada masa akan datang.  Cukuplah Allah yang mengatur hidup aku ini.  Aku, boleh dikatakan malas untuk merancang dan mensasarkan apa-apa.  hopeless??  Mungkin ya.  Namun, ini saja caranya untuk aku teruskan kehidupan.


Aku juga sedang belajar untuk sentiasa percaya (bermaksud, sentiasa ingat) bahawa setiap apa yang berlaku ke atas diri kita itu bersebab.   Ada sebab Allah mengatur hidup aku begini. 

Kesimpulannya, saat dan ketika ini, kita masih bergerak.  Kita digerakkan oleh Satu Kuasa yang maha Pengasih dan Penyayang.  Yang mendatangkan musibah dan anugerah kepada kita dengan bersebab.  Tinggal kita dengan menggunakan akal kita yang free ini sahaja untuk menilai, menyingkap dan memahami apa dia sebab kita diuji dengan musibah-musibah dan anugerah-anugerah itu.  Dan, aku juga sedang belajar untuk berfikir berdasarkan paradoks ini.  Moga-moga, aku dan kita tidak akan pernah lupa akan sifatNYA yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Hanya dengan cara itu, kita akan sedar bahawa kita berhak menerima musibah dan anugerah dariNYA. Menerima tanpa prejudis!