Friday, January 7, 2011

Si pikun gila

Tahu apa? Sikap manusia yang paling bahaya ialah "suka menilai membabi buta". Aku tahu, fitrah manusia suka memandang sesuatu yang indah, cantik dan sesinonim dengannya. DIA sukakan keindahan, dan begitu juga kita. Tapi, harus diingat, DIA Maha Mengetahui dan! kita tidak. Maka, manifestasi daripada itu, keindahan luaran yang dilihat itu akan menjadi sangat bahaya sebab, daripada memandang, kita akan mula menilai hanya berdasarkan rupa luarannya, membuat generalisasi secara tergesa-gesa, dan kemudian, hasil daripada penilaian yang belum tentu benar itu, kita akan mula memujanya. Lantas, apabila sudah mula memujanya, maka hilang segala kewarasan! yang tinggal hanya gila.
Dan, apabila sudah gila, maka kekallah kita di situ, terperangkap dalam gila. Masa terus berlalu... kau, aku dan mereka masih statik. Masih gila dan mungkin semakin gila apabila "yang indah" tadi terus gembira bermain bersama masanya. Meninggalkan kita sendirian gila dan bertambah gila. Terperangkap begitu, akal terbejat, sedangkan masa terus berjalan, menyebabkan kita menjadi pikun. Pikun, tapi gila.

Thursday, January 6, 2011

Jangan salah pilih...

Aku selalu kata kepada diri aku sendiri, juga kepada orang-orang sekeliling aku yang tiba-tiba meluahkan perasaan sakit hati mereka atas perkara-perkara buruk yang terjadi ke atas mereka selepas mengambil satu keputusan. Sudah tentu keputusan itu keputusan mereka sendiri. Aku kata : “hidup ini ada banyak pilihan..” Betul?

Hal ini bermakna, sebelum kau tersakit hati secara tiba-tiba disebabkan oleh keputusan yang KAU ambil itu, kau kena akui, kau sebenarnya ada banyak pilihan, dan! Salah satu pilihan yang ada ialah dengan TIDAK memilih pilihan yang kau ambil sekarang ini. Betul?

Tapi, Oleh sebab kau sudah terlanjur memilih pilihan kau sekarang ini, yang menyebabkan kau dengan secara tiba-tibanya menjerit tidak puas hati, meraung memaki diri atau menyesali pilihan yang kau pilih sendiri itu, aku nasihatkan (maaf, aku sedar, kau sekarang bukan perlukan nasihat, tapi bacalah ini sebagai satu kata-kata daripada Barrack Obama yang kau sanjung tinggi itu), Terimalah pilihan kau itu seadaanya. Cubalah terima kenyataan yang kau sudah memilih pilihan itu dan cubalah untuk hidup aman damai dengan pilihan YANG KAU BUAT ITU! Jangan menjerit di depan aku, dia dan mereka. Kami tidak bersalah dengan pilihan kau itu!

Wednesday, January 5, 2011

Siapa kata jadi cikgu tu senang??

Sudah 3 hari bekerja. Masuk ke kelas untuk relief kelas. Relief sahaja. Sebab, aku dan rakan-rakan guru yang baru melapor diri pada 22 november lalu belum mendapat jadual mengajar lagi. Best?. Tidak. Malah sangat menyusahkan sebab kami berpotensi untuk masuk ke semua kelas. Sudah nama pun jadi guru relief... Kalau sudah ada jadual sendiri, kurang sikitlah masa untuk kerja "membuang masa" di kelas. Dan, kurang sikit rasa sakit hati dan sakit tekak kalau tiba-tiba diarahkan untuk menjaga kelas hujung. Macam tadi.
Aku masuk kelas G, terpaksa. Sebab, itu kelas aku. To be accurate, kelas sementara aku. Maknanya, aku menjadi guru kelas mereka. Haduh! Sakit jiwa raga. Pening kepala tahap intoxicated!. Itulah kelas hujung yang paling huduh perangainya sepanjang 3 hari aku di sini. Kenapalah aku jadi guru kelas G tu... dugaan betul. Lagi dugaan kalau tiba-tiba aku diarahkan untuk mengajar kelas itu. Naudzubillah... (jahat x jahat aku ni?). Eheks!
Siapa kata jadi cikgu tu senang??

Monday, January 3, 2011

Dengar!

Hari pertama bekerja secara rasminya sebagai guru. Macam mimpi. Jumpa balik para pelajar. berceritera di hadapan mereka. Bercakap di hadapan mereka, mereka yang memberi perhatian (sekurang-kurangnya setakat ini) rasa bahagia. Rasa dihargai. Rasa didengari. wahh!! best! Kali ni, biar aku bercakap sampai tercabut anak tekak. Kau duduk diam-diam. Dengar!

Sunday, January 2, 2011

Sahabat : belajarlah mendengar..

Sudah!. Berhenti dari berkata "biasalah, semua benda ada permulaannya". Itu klise. dan benda2 yang klise ini amat membosankan! Noktah.
Benar. Setiap perkara perlu ada permulaannya, tiada ruang dalam kepala otak aku yang masih waras ini untuk menidakkan hakikat ini. Malah, aku percaya, jika aku tidak berani mengambil langkah permulaan itu, maka aku tidak akan ke mana-mana. Masih di situ. Membazirkan otak dan nafas yg Allah bagi free ini sewenang-wenangnya.
OK. Aku mengaku dengan sesungguhnya bahawa "kau betul". Sudah, cukup. Sekarang, pergilah kau menyebarkan kata-kata itu kepada orang lain. Tapi ingat satu perkara, "jangan sesekali memberi nasihat kepada mereka yang tidak perlukan nasihat".
Kau tahu apa yang membezakan kau dengan dinding? Tahu kenapa kadang-kadang aku lebih suka berbicara dengan dinding yang mati itu? Sebab, sekurang-kurangnya dinding itu membenarkan aku bercakap. Menyebabkan aku rasa didengari. Kau tidak tahu! Sebab kau tidak pernah cuba untuk mengetahui rasa itu. Rasa muak! Muak mendengar kau bercakap!
P/s : Sahabat, belajarlah mendengar..

Wednesday, December 22, 2010

kedefisitan

Lama x update blog. Haha. Seperti tajuk di atas, aku kedefisitan. hahaha.. Tapi, sekarang aku sudah bekerja, pun masih mengalami kedefisitan. Biasalah, baru mahu bekerjaya, bayar hutang keliling pinggang, beli netbook baru lagi. Adus. Terpaksa sebab laptop lama yg sudah aku pakai hampir 5 tahun tu sudah patah lehernya. Lagi, keadaannya sudah macam masuk ICU. Semua kena pakai alat bantuan. Speaker, keyboard, cooler jgn ceritalah. tahun kedua lagi aku sudah kena pakai sebab cepat panas. Apa2pun, syukur sebab aku sudah bekerja. Alhamdulillah... =)

Thursday, September 16, 2010

mengarut! hahah

Hidup ni ada fasa2nya. Kan?

Fasa 1 : Fasa bahagia
umur 0 bulan - 4 tahun : Memang x faham langsung apa tu hidup. Mengurus kehidupan sendiri jauh sekali!

Fasa 2 : Fasa belajar
i) umur 4 tahun - 12 tahun - sekolah rendah : Masih kabur2 tentang hidup tapi tahu yang dia hidup. hahah. akhir sekolah rendah (10-12 tahun), mula kenal cinta. (budak2 sekarang)
ii) umur - 13-19 tahun - sekolah menengah/ matrik : all out! mahu berjaya, mahu bercinta, mahu bebas, mahu disayangi, mula memberontak bila mak bapa tegur, mula mengenal malu, mula mahu mengenal Tuhan. Pendek kata, baru mula berjinak2 dengan kehidupan.
iii) umur 20- 24/25/26/27.....~ tahun ke atas - yang bernasib baik akan ke universiti. Belajar lagi, bercinta lagi, mula matang memikirkan kehidupan tapi masih belum dapat memahami, apa itu kehidupan

Fasa 3 : Fasa lepas belajar

Atau dalam kata lain, fasa menganggur macam aku. hahaha. dalam fasa ni, mula merancang kehidupan walaupun masih belum betul2 faham apa itu kehidupan. Dalam fasa ini juga, orang sekeliling menjadi semakn prihatin tentang kita. Soalan2 yang sering ditanya ialah :

1. Buat apa sekarang?
2. Bila akan mula bekerja? dan tidak kurang juga yang akan memberi nasihat agar kita menjadi lebih bijak mencari peluang. Pada masa ini, aku biasanya akan berkata berdasarkan egoku "terima kasih"... sambil senyum.

Rakan-rakan pula akan suka bertanya, bila lagi mahu terjebak dalam hidup berdua? Dan, aku akan mula menjelaskan jenis2 wanita( memandangkan aku wanita) di dunia ini yang perlu mereka ketahui sebagai menjawab soalan itu.

jenis wanita yang pertama ialah wanita yang manja, dan agak berani. Mereka ini sangat mudah mendapat kawan, dan kekasih. Maka, jenis wanita ini tidak bermasalah untuk menamatkan zaman bujang sebab mereka easy going.

jenis wanita yang kedua wanita melayu terakhir yang diimpikan oleh lelaki sebagai calon isteri paling ideal sebab mereka ini pandai memasak, pandai mengurus rumah... pendek kata, pandai dalam segala macam hal yang bersifatkewanitaan. Maka, mereka ini juga seperti tadi, tidak bermasalah untuk mencari teman.

Jenis wanita yang ketiga ialah wanita yang berjaya daripada segala segi. Mereka indipendent, dan berjaya dalam hidup. Mereka pandai memasak dan juga mengurus anak. Pendek kata, walau dicampak ke tanah tandus atau ke lautan luas, mereka boleh hidup. LUCKY. GIFTED.

Jenis wanita yang keempat ialah wanita yang sporty. Lasak. Pendek kata, mereka ini boleh diajak bercakap pasak bola, pasal syarikat2 kereta atau syarikat2 elektronik. Kalau setakat disuruh menyenaraikan 10 pemain bola dunia, NO Hal punya! dan, mereka ini juga mudah mendapat teman sebab ramai lelaki skg telah yang suka kepada jenis wanita seperti ini.

DAN! jenis wanita yang kelima ialah wanita yang macam aku. Hahah! Indipendent tapi tidak terlalu berjaya, boleh memasak tapi tidak sesedap mana, boleh menjaga budak, tapi tidak sesabar mana, telah menyediakan plan hidup, tapi masih belum mampu melaksanakannya, ada impian,tapi perlu ditangguhkan untuk melangsaikan tanggungjawab kepada keluarga. Jenis wanita seperti aku ini, masih belum boleh untuk memkirkan hal kebajikan diri sendiri. Dan, oleh sebab itu, jenis wanita seperti ini sukar mendapat teman kerana sama ada mereka dalam golongan ini berfikir, belum tiba masanya atau kaum adam takut untuk mendekati mereka kerana takut sebab wanita dalam golongan ini boleh membaca fikiran melalui tindakan yang ditunjukkan. Kiranya... deria keenam yang lahir daripada berfikir dan pemerhatian mereka tentang kehidupan. hahaha.

P/s : Hidup ini akan lebih bahagia kalau aku ditakdirkan untuk benar2 faham tentang erti sebenar KEHIDUPAN. hahah