Sunday, September 4, 2016

Bestfriend

Bab 1

Ini cerita kawan kepada kawan kepada kawan aku.

"Aku selalu menghadapi masalah yang sama. Katanya tiba-tiba pada pagi yang indah. Ketika aku masih mamai dari tidur dan tidak dapat mencerna maksudnya. Dengan mata yang masih sepet, aku cuba menumpukan perhatian. Dulu, masa di sekolah, aku ada seorang kawan baik, lelaki.. memang kamcenglah!. OK. Wajahnya aku sudah nampak dua. Aku kawan dengan dia pun sebab, budak tu mahu mengurat kawan aku. Kiranya aku ni posmen laa... Kemudian, xtahu tiba-tiba dia kata dia suka kat aku. Depan kawan-kawan aku pulak tu!. Memang malu la masa tu. Aku gelak.. Walaupun wajahnya aku nampak dua, tapi otakku masih mampu memberi respon dengan bertanya, kenapa kau gelak?? Dah tu, kau nak suruh aku buat apa?? Aiseh kau ni... malu la kalau aku kata aku pun suka kat dia. Depan public pulak tu! Logik! fikirku. Tapi, kurang bijak.  So, apa jadi lepas tu?  Kataku.  Walau giginya sudah hilang dari radar mataku.  Esoknya, dia tak tegur aku langsung... sampailah sekarang.. dan mataku telah selamat tertutup rapat dan bulan bintang pun menjelma menghiasi mimpi.

draft tahun 2011

HADOI.... tenaga betul2 dikuras habis. Kalau dianalogikan dengan elektrik, Kepalaku skg ni sudah litar pintas.

Minggu Penulis Remaja Sabah

Aku sebenarnya baru lepas terlibat dengan Program Minggu Penulis Remaja Sabah yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Aku tukar kerja?  Eh tidak!  Kami hanya membantu melaksanakan program itu memandangkan peserta yang terlibat ialah pelajar sekolah menengah.  Ok. Jelas di situ.

Dijadikan cerita, DBP ada menyebut tentang bayaran yang diberikan kepada seorang penulis yang hasil karyanya terpilih oleh DBP untuk diterbitkan.  Apa-apa bentuk karya pun.  Maka, aku pun semangat menjejak kembali blog ini.  Tempat aku mengabadikan karya-karya aku ketika zaman "jiwa kacau".  haha

Ok. Jangan kata aku materialistik.  Kikiki

Step down Pliss...

"Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit".  Klise.  Tapi, kalau kau tengok penyangak berkuasa yang muka tembok itu masih berkuasa sampai sekarang walaupun mungkin 3/4 daripada isi Malaysia ini mengutuk dan menyampah dengannya, tapi kau, kita dan mereka masih melihatnya di TV dan mana-mana ceruk dunia yang suci ini dengan senyuman, kau kena terima bahawa klise itu benar.  

Hairan.
Kenapa tidak diilmu hitamkan saja kalau benci?  Ok.  Itu sudah melampau.  Maafkan saya Ya Rabb

Hello Dunia.....!!!

Wow!

Update terakhir blog ni Jun 2012?  Haha.  Jadi, secara matematiknya genap 4 tahun 3 bulan blog ini senyap.  Tidak dijenguk apatah lagi diupdate apa-apa.  Kenapa?  Kesibukan mengatasi segala-galanya.  Yah.  Aku tipu.  Hehe..

ok.  Sekali lagi.  HELLO DUNIA...


Saturday, June 9, 2012

Blessing in disguise


Kau dan aku berbeza.  Hakikat itu yang menyebabkan kita, tidak boleh menggunakan menggunakan ukuran orang lain untuk melihat siapa kita pada masa sekarang dan apa kesudahan kita pada masa akan datang.  Orang tua-tua kata, "ukurlah baju di badan sendiri".  Pepatah ini sebenarnya membawa maksud yang sangat dalam dan sangat penting untuk difahami.  Jika diterokai maksud pepatah ini, maka kita akan sampai ke satu tahap bahawa, kita tidak perlu kecewa atas setiap perkara yang terjadi terhadap diri kita.  Setiap kita sudah diprogramkan menjadi apa yang kita sekarang dan pada masa akan datang.  Kenapa?  sebab kita berbeza.  Sikap manusia yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza juga untuk mendidik insan itu untuk kembali kepadaNya. 

Maka, apakah dia pendekatan yang berbeza itu?  Ianya ralat.  Orang pandai memetaforakan hidup ini sebagai "sebuah perjaanan yang panjang" dan kita sedang bergerak di atas jalan hidup kita sendiri.  Dan, semasa bergerak itu, kita akan menemui insan-insan lain.  dan, ada antara mereka akan menjadi sahabat kita apabila kita merasakan kita sekepala, sekapal, sesoket.  Ngam!  Kita buat lawak, dia tolong gelak.  Kita sakit, dia tolong rawat.  Kita buat kerja, dia tolong tengok.  huhu.  Tolong la juga tu.  Pendek kata, ngam.  Dan, kalau kau jumpa insan yang sebegini, tolong jangan sakiti dia sebab, mungkin dalam kamus hidup kau, tidak ada lagi insan yang seperti dia, melainkan dia.  

Namun, dalam hidup ini, boleh dikira orang yang menemui sabahat yang baik, ngam, sesoket, sekepala seperti itu. Sebab apa, sebab ralat itu merupakan tools untuk mendidik insan untuk kembali kepadaNYA.  Kadang-kadang kita akan jumpa kawan yang suka ambil kesempatan atas kebaikan dan senyap kita.  Kenapa?  untuk mendidik hati kita menjadi lebih sabar dan kemudian ikhlas.  

Kadang-kadang kita ditinggalkan.  Dan, ditinggalkan oleh ibu dan ayah lah dugaan yang paling hebat.  Terus-terang, sehingga kini, aku masih belum biasa menerima keadaan ini.  Namun, kesedihan akibat dugaan ini mungkin dapat aku atasi dengan agak mudah (walaupun sakitnya masih tetap ada) kerana aku telah terbiasa berjauhan dengan kedua-dua mereka.  Bayangkan, aku merupakan pelajar yang tinggal di asrama sejak dari tingkatan satu, dan apabila masuk universiti juga, aku ditakdirkan tercampak ke utara semenanjung menyebabkan aku tidak ada pilihan lain selain tinggal di asrama.  Maka, apabila sudah terbiasa bergerak dan membuat keputusan  sendiri, maka kesedihan ditinggalkan itu, walaupun sakit, namun, alhamdulillah, masih dapat aku tanggung.  Nah!  kan aku dah kata, setiap perkara itu bersebab.  Kenapa aku ditakdirkan tinggal berjauhan dengan keluarga sejak kecil dan baru pandai berfikir?  Sebab, pada usia baru pandai menilai dan mencari duit sendiri, aku telah ditakdirkan olehNYA untuk kehilangan kedua-dua mereka.  Dan, dalam hidup ini, rasanya, aku sudah mangli dengan rasa kecewa dan sedih akibat ditinggalkan itu.  haha.  Kenyataan yang sumbang!  namun, berharga. Pengalaman-pengalaman itu sedikit demi sedikit telah membina tembok dalam hati aku ini.  Tembok pengeras hati.  Hahah.  

(maaf, tiba-tiba menjadi ruangan meluahkan perasaan. haha)

Klise dan berdasarkan norma masyarakat, kita lahir, sekolah, bekerja, berkahwin dan beranak.  Maka, apabila kembali kepada persoalan ukur baju di badan sendiri, aku sedang belajar untuk tidak menggunakan ukuran itu untuk melihat siapa aku pada masa akan datang.  Cukuplah Allah yang mengatur hidup aku ini.  Aku, boleh dikatakan malas untuk merancang dan mensasarkan apa-apa.  hopeless??  Mungkin ya.  Namun, ini saja caranya untuk aku teruskan kehidupan.


Aku juga sedang belajar untuk sentiasa percaya (bermaksud, sentiasa ingat) bahawa setiap apa yang berlaku ke atas diri kita itu bersebab.   Ada sebab Allah mengatur hidup aku begini. 

Kesimpulannya, saat dan ketika ini, kita masih bergerak.  Kita digerakkan oleh Satu Kuasa yang maha Pengasih dan Penyayang.  Yang mendatangkan musibah dan anugerah kepada kita dengan bersebab.  Tinggal kita dengan menggunakan akal kita yang free ini sahaja untuk menilai, menyingkap dan memahami apa dia sebab kita diuji dengan musibah-musibah dan anugerah-anugerah itu.  Dan, aku juga sedang belajar untuk berfikir berdasarkan paradoks ini.  Moga-moga, aku dan kita tidak akan pernah lupa akan sifatNYA yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Hanya dengan cara itu, kita akan sedar bahawa kita berhak menerima musibah dan anugerah dariNYA. Menerima tanpa prejudis!

Thursday, October 20, 2011

klise yang sakit

Lama tidak membuka blog. (ayat skema) Seperti biasa, aku sibuk (ayat menipu). Dan sudah tentu, banyak perkara yang berlaku sepanjang waktu ini, perkara2 yang terjadi dengan semulajadi dan menyambungkan titik-titik takdir. Titik takdir yang sudah tidak boleh diubah, dipinda, dan diapa-apakan. Kekal di situ. Berbekas di hati dan akan dibawa sampai ke mati.

Semua yang hidup akan mati. Ya. Klise, semua orang tahu, semua orang faham, tapi ia tetap menyakitkan apabila kita terpaksa mengalami dan menerima bahawa klise itu benar. Dan, ianya lebih menyakitkan apabila tidak ada apa2 yang kita boleh lakukan selain menerima dengan seadanya bahawa, mereka, insan yang kita sayang itu, dan mungkin hanya mereka yang menyayangi kita dengan sepenuh jiwa raga itu sudah tiada. Hilang tempat bergantung, hilang tempat mencurahkan kasih sayang, dan hilang tempat untuk menagih kasih sayang. Mereka yang memberi dan menerima tanpa prejudis. Dan sudah tentu, tidak ada manusia lain yang akan dapat menggantikan tempat itu. Tempat ibu dan ayah yang wujud tanpa perlu dicari (bagi aku yang menerima kasih sayang ibu dan ayah sejak kecil). terima kasih ibu. terima kasih ayah. (Sudah tentu ucapan terima kasih ini tidak cukup untuk membalas segala-galanya). namun, hanya ini yang mampu aku lakukan atau masih mampu aku lakukan.

Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh arwah ibu dan ayahku... ameen...