Sunday, January 31, 2010

Iklan~

menukar header blog. Rasanya, tajuk ni lebih sesuai. =) Iklan~

Saturday, January 30, 2010

street fighter : The Legend Of Chun Li


Ingat lagi, dulu-dulu, masa aku masih suka melayan kartun, antara kartun yang aku layan ialah Dragon Ball, Sailormoon (hahaha) dan kartun ni, Street Fighter. Jadi, boleh dikatakan semuanya yang berunsurkan keganasan. No wonder la aku suka dan amat minat belajar taek won do. Sebab, pangaruh kartun masa aku masih melayan kartun. hehehe. Tapi sekarang, aku amat jarang menonton kartun. Bukan tiada masa, tapi sudah menjadi kurang minat. Eheks!!

Tapi semalam, semasa aku menyelongkar external hard disk kawan aku yang dipenuhi dengan movie-movie, aku ternampak file yang bertajuk Street Fighter : The Legend Of Chun Li. Terus aku tekan ctrl C dan pastekan ke disk D laptop aku. Dan, pagi ini,selepas menonton Home Alone 1 dan 3, aku sambung melayan kartun yang telah dimoviekan ini. Memang best!!!

Pelakon yang menjadi Chun Li ialah the one yang jadi heroin Smallville tu. Kristen Kreuk!. Memang sesuai laa.. sangat sesuai. Tapi, tidak semua watak dalam kartun street fighter itu telah direalitikan. Hanya watak Chun Li. Watak Ryu dan Ken tidak ada dalam movie ini. Tapi, aku harap akan ada Street Fighter II yang ada kedua-dua watak ini. Bukan apa, selain mereka ini hensem dan sangat hebat berlawan, persahabatan dua sahabat ini memang best!. Real friendship! Dalam kartun tu laa... kalau dalam movie nanti (kalau difilemkan laa) mereka ini dijadikan seteru, memang aku xkan tengok la movie tu nanti.

Movie lain yang aku tengok semalam ialah Home Alone. Home Alone 1 dan 3. Haha. Dulu-dulu, masa krismas ja, mesti ada movie ni ditayangkan dan aku x pernah missed. dan melihat untuk kali yang keberapa pun, aku xkan bosan. Cute bah!

Lepas ni, aku akan menonton final destination I, II, dan III, little bride, fantastic four dan gokusen. hahaha.. bila aku buat revision nih?? Hailaaaa... Kau buat apa tu? tengok movie juga ka?? haha

we're suffer because we're connected

Siapa yang x suka cuti? Cuba kau bagitahu aku. Hem.. OK. Mungkin aku. Tapi itu dulu. Haha. Dulu, aku paling x suka cuti. Tapi sekarang, aku x sabar sampai setiap kali hari jumaat. Haha. Sungguh laa... Kurang sakit hati dan sakit kepala sebab budak2 tu. Tiba-tiba aku terfikir : We're suffer, maybe because we're connected. Hurmmm

Thursday, January 28, 2010

1

"ED!"
Badannya terlompat dan spek matanya hampir jatuh! Mahu saja dilukunya makhluk perosak yang sedang menayangkan gigi jarang dihadapannya.
"Petang ni kita skate! Pai, Zane, Jar.. semua ada. Even si hanna tu pun datang!."
Makhluk perosak itu mengenyitkan matanya pula. "Jadi?". Dia menayang riak tidak bersalah. "Jadi?". Wajah Riq sudah masuk fasa kelima ingin meluku kepala manusia. "Jadi kau kata?". Ulangnya lagi apabila Ed masih selamba menyusun segala macam buku di atas mejanya. "Eh Ed! Sejak bila kau jadi bodoh macam pembaris panjang ukur baju Mak Kiah ni Ed?" Senyumannya akhirnya tersungging. "Sejak aku tahu Mak Kiah ada anak yang sweet macam Hanna".

Tuesday, January 26, 2010

...dan mungkin tidak!

Halwa telinga disumbat dengan headfon, dari tadinya meniarap atas lantai menyiapkan lesson plan ke tersandar menghadap laptop. Mereka terasa bisu. Hanya mp3 yang bersuara. Entah, kebelakangan ini aku lebih suka begini. Mungkin sebab aku masih belum biasa, atau tidak dapat menerima. Duduk berkelompok begini, sama baya, sama derita, tapi aku masih belum biasa, masih belum dapat menerima. Apabila mereka berkongsi rasa, apabila mereka bertukar bicara, mengenai penilaian mereka terhadap sesuatu, atau seseorang. Dan, apabila aku kadang-kadang menjadi subjek bicara, subjek penilaian. Penilaian yang aku pasti salah! Maka, aku semakin suka begini. Tenggelam bersama muzik. Mungkin salah aku kerana aku tidak suka dinilai dan menyebabkan aku tidak suka mendengar orang lain dinilai dan apatah lagi kalau yang dinilai itu ialah AKU.

Fullstop!

Lama x melukis. Rindu rasanya! Pensil mekanikal aku lebih banyak membuat garisan lurus dan melintang atas buku log yang setebal setengah kamus dewan itu. Hailaaa...

Monday, January 25, 2010

prolog

Penat. Selesai sahaja solat, badan terus dihempaskan di ruang tamu yang tidak berperabut itu. Hanya beralaskan karpet putih, dia terlentang tidak sedarkan diri. Badan masih menyimpan penat. Otak masih menggalas serabut.

Friday, January 22, 2010

...hanyut

Menyumbat kedua-dua telinga dengan ear phone! Sungguh. Aku hanyut bersama sami yusuf. Bersama Lenka...bersama Simple Plan... Mereka yang aku nampak terasa bisu. Aku tidak menggangu. Mereka tidak menggangu. Hanya sendiri. Sendiri dan sendiri. Hati merayau. Perasaan bergumpal membentuk sebak. Aku ingin bersuara. Bersuara untuk didengari. Tapi, mungkin bukan mereka. Aku terus melayan sebak. Hanyut bersama suara. Suara yang menzahirkan rasa. Terus mendengar... mendengar dan mendengar....