Tuesday, May 3, 2011

di sebalik wajah

Terkaku,

Dengan otak ligat bertanya,

Siapa aku sebenarnya?

Di sebalik wajah plastik,

Begitu gampang berlagak tenang!

Entah,

Bila dan bagaimana,

Wajah plastik ini bertukar,

Menjadi objek benar,

Refleks daripada hati yang benar-benar senang,

Dan jiwa yang benar-benar tenang.

Mungkin,

Hanya maaf yang boleh menjadikan aku begitu,

Atau memang,

hanya maaf yang mampu menjadikan aku insan yang seperti itu?

Sunday, April 17, 2011

oo00oo

Kau, kalau mahu selamat, berhenti daripada menjadi bodoh dan mulalah berfikir menggunakan akal yang diberikan oleh Allah itu. Sebab, kalau 1 minit dari sekarang, Allah tarik balik nikmat akal yang diberikanNya kepada kau itu sebab kau tidak menggunakan akal itu untuk beriman kepadaNYA, maka, kekallah kau di situ dan begitu.

oo00oo

Sunday, March 20, 2011

...

Kasihan dan kelakar. Jauhnya aku tertinggal di belakang.. aku akan baiki!. InsyaAllah...

Thursday, January 13, 2011

aku cuma perlukan sedikit belas kasihan~

SUNGGUH. Sangat sukar untuk keluar daripada stigma. Stigma yang wujud, mungkin daripada singkatnya masa kita menemui sesuatu, ataupun sesiapa itu. Entahlah. Kawan kepada kawan aku cakap, witin tresno jalaran soko kulino dalam bahasa Jawa yang bermaksud timbulnya sayang kerana terbiasa berdekatan. Katanya sambil senyum kepada aku satu ketika dulu. Tapi, sepanjang aku hidup dan membesar dalam lingkungan masyarakat ini, aku lebih bersetuju dengan satu pepatah Inggeris, Familiriaty breeds contempt : bila terlalu dekat, maka tiada lagi keburukan dan kebaikan sikap masing-masing yang tersembunyi. Hilang segala kekaguman dan penghormatan!

Aku, masih seperti dulu. Aku bukan siapa-siapa, jauh sekali mahu meminta mereka menghamparkan kapit merah menyambut aku. Tidak. Aku tahu dengan sesungguhnya bahawa, kau atau mereka berhak untuk tidak berhenti membantu, apatah lagi senyum gembira menghulurkan salam. Cuma, apabila sesuatu itu namanya "tanggungjawab", dan "tanggungjawab" itu terkait secara tidak langsung dengan aku, maka, aku mahukan situasi dalam bentuk kerjasama daripada mereka atau dia agar dapat meringankan sedikit ke'kompleks'an hidup aku yang memang sedia kompleks ini. Aku cuma perlukan sedikit belas kasihan. Hidup aku sudah terlalu kompleks, maka, jika kau tambah walau hanya 0.1% kekompleksan di dalamnya, aku tidak jamin, insan yang akan bangun esok pagi itu, adakah masih sama dengan insan yang sedang menaip dan berfikir ketika ini.







Sunday, January 9, 2011

KITA = Kerana Itu Takdir Aku

Semua orang sedang berjalan di atas garisan takdir mereka sendiri. Aku juga begitu. Bergerak bersama masa. Masa yang tidak pernah tahu erti menunggu. Mereka yang aku kenal dahulu, ada yang di depan, kiri dan kanan. Sibuk mengatur langkah, menyambungkan titik-titik takdir mereka. Masa yg kejam terus berlalu. Mengheret usia, tapi bukan mindaku. Maka, aku masih seperti dahulu, tenggelam bersama suara, suara yang menzahirkan rasa. Membiarkan mereka berlalu mengejar takdir mereka. Aku tidak akan menyapa, aku tidak akan bersuara. Hanya diam. Diam bersama suara, suara yang menzahirkan rasa.

Friday, January 7, 2011

Si pikun gila

Tahu apa? Sikap manusia yang paling bahaya ialah "suka menilai membabi buta". Aku tahu, fitrah manusia suka memandang sesuatu yang indah, cantik dan sesinonim dengannya. DIA sukakan keindahan, dan begitu juga kita. Tapi, harus diingat, DIA Maha Mengetahui dan! kita tidak. Maka, manifestasi daripada itu, keindahan luaran yang dilihat itu akan menjadi sangat bahaya sebab, daripada memandang, kita akan mula menilai hanya berdasarkan rupa luarannya, membuat generalisasi secara tergesa-gesa, dan kemudian, hasil daripada penilaian yang belum tentu benar itu, kita akan mula memujanya. Lantas, apabila sudah mula memujanya, maka hilang segala kewarasan! yang tinggal hanya gila.
Dan, apabila sudah gila, maka kekallah kita di situ, terperangkap dalam gila. Masa terus berlalu... kau, aku dan mereka masih statik. Masih gila dan mungkin semakin gila apabila "yang indah" tadi terus gembira bermain bersama masanya. Meninggalkan kita sendirian gila dan bertambah gila. Terperangkap begitu, akal terbejat, sedangkan masa terus berjalan, menyebabkan kita menjadi pikun. Pikun, tapi gila.

Thursday, January 6, 2011

Jangan salah pilih...

Aku selalu kata kepada diri aku sendiri, juga kepada orang-orang sekeliling aku yang tiba-tiba meluahkan perasaan sakit hati mereka atas perkara-perkara buruk yang terjadi ke atas mereka selepas mengambil satu keputusan. Sudah tentu keputusan itu keputusan mereka sendiri. Aku kata : “hidup ini ada banyak pilihan..” Betul?

Hal ini bermakna, sebelum kau tersakit hati secara tiba-tiba disebabkan oleh keputusan yang KAU ambil itu, kau kena akui, kau sebenarnya ada banyak pilihan, dan! Salah satu pilihan yang ada ialah dengan TIDAK memilih pilihan yang kau ambil sekarang ini. Betul?

Tapi, Oleh sebab kau sudah terlanjur memilih pilihan kau sekarang ini, yang menyebabkan kau dengan secara tiba-tibanya menjerit tidak puas hati, meraung memaki diri atau menyesali pilihan yang kau pilih sendiri itu, aku nasihatkan (maaf, aku sedar, kau sekarang bukan perlukan nasihat, tapi bacalah ini sebagai satu kata-kata daripada Barrack Obama yang kau sanjung tinggi itu), Terimalah pilihan kau itu seadaanya. Cubalah terima kenyataan yang kau sudah memilih pilihan itu dan cubalah untuk hidup aman damai dengan pilihan YANG KAU BUAT ITU! Jangan menjerit di depan aku, dia dan mereka. Kami tidak bersalah dengan pilihan kau itu!