Showing posts with label Dia. Show all posts
Showing posts with label Dia. Show all posts

Thursday, January 28, 2010

1

"ED!"
Badannya terlompat dan spek matanya hampir jatuh! Mahu saja dilukunya makhluk perosak yang sedang menayangkan gigi jarang dihadapannya.
"Petang ni kita skate! Pai, Zane, Jar.. semua ada. Even si hanna tu pun datang!."
Makhluk perosak itu mengenyitkan matanya pula. "Jadi?". Dia menayang riak tidak bersalah. "Jadi?". Wajah Riq sudah masuk fasa kelima ingin meluku kepala manusia. "Jadi kau kata?". Ulangnya lagi apabila Ed masih selamba menyusun segala macam buku di atas mejanya. "Eh Ed! Sejak bila kau jadi bodoh macam pembaris panjang ukur baju Mak Kiah ni Ed?" Senyumannya akhirnya tersungging. "Sejak aku tahu Mak Kiah ada anak yang sweet macam Hanna".

Monday, January 25, 2010

prolog

Penat. Selesai sahaja solat, badan terus dihempaskan di ruang tamu yang tidak berperabut itu. Hanya beralaskan karpet putih, dia terlentang tidak sedarkan diri. Badan masih menyimpan penat. Otak masih menggalas serabut.