Showing posts with label Aku suka?. Show all posts
Showing posts with label Aku suka?. Show all posts

Friday, February 5, 2010

Syntax error

Azhar mahu membeli kasut RM97. Tapi, dia xda duit lngsung. So, dia pinjam RM50 daripada abang dan RM50 daripada emak. Jadi, total hutang RM100. Baki duit selepas membeli kasut = rm3. So, azhar pulangkan RM1 kepada emak, RM1 kepada abang dan baki RM1 lagi dia simpan.. Sekarang, hutang azhar kepada emak RM49 dan kepada abang RM49. Persoalannya :: Apabila ditambah hutang azhar kepada emak dan abang iaitu RM49 + RM49, jumlahnya ialah RM98. RM98 + RM1 yang Azhar simpan = RM99. Jadi, mana lagi RM1??


Teka-teki kak Jim yang memeningkan kepala. Masa aku sibuk, masa itulah dia suka bagi teka-teki. Banyak. Kadang-kadang aku terdelete tanpa sempat membaca teka-teki yang dia kirim melalui sms. Haha. Tapi, teka-teki yang dia bagi tu amat berguna sekarang. haha

Saturday, January 30, 2010

street fighter : The Legend Of Chun Li


Ingat lagi, dulu-dulu, masa aku masih suka melayan kartun, antara kartun yang aku layan ialah Dragon Ball, Sailormoon (hahaha) dan kartun ni, Street Fighter. Jadi, boleh dikatakan semuanya yang berunsurkan keganasan. No wonder la aku suka dan amat minat belajar taek won do. Sebab, pangaruh kartun masa aku masih melayan kartun. hehehe. Tapi sekarang, aku amat jarang menonton kartun. Bukan tiada masa, tapi sudah menjadi kurang minat. Eheks!!

Tapi semalam, semasa aku menyelongkar external hard disk kawan aku yang dipenuhi dengan movie-movie, aku ternampak file yang bertajuk Street Fighter : The Legend Of Chun Li. Terus aku tekan ctrl C dan pastekan ke disk D laptop aku. Dan, pagi ini,selepas menonton Home Alone 1 dan 3, aku sambung melayan kartun yang telah dimoviekan ini. Memang best!!!

Pelakon yang menjadi Chun Li ialah the one yang jadi heroin Smallville tu. Kristen Kreuk!. Memang sesuai laa.. sangat sesuai. Tapi, tidak semua watak dalam kartun street fighter itu telah direalitikan. Hanya watak Chun Li. Watak Ryu dan Ken tidak ada dalam movie ini. Tapi, aku harap akan ada Street Fighter II yang ada kedua-dua watak ini. Bukan apa, selain mereka ini hensem dan sangat hebat berlawan, persahabatan dua sahabat ini memang best!. Real friendship! Dalam kartun tu laa... kalau dalam movie nanti (kalau difilemkan laa) mereka ini dijadikan seteru, memang aku xkan tengok la movie tu nanti.

Movie lain yang aku tengok semalam ialah Home Alone. Home Alone 1 dan 3. Haha. Dulu-dulu, masa krismas ja, mesti ada movie ni ditayangkan dan aku x pernah missed. dan melihat untuk kali yang keberapa pun, aku xkan bosan. Cute bah!

Lepas ni, aku akan menonton final destination I, II, dan III, little bride, fantastic four dan gokusen. hahaha.. bila aku buat revision nih?? Hailaaaa... Kau buat apa tu? tengok movie juga ka?? haha

Friday, January 22, 2010

I've seen

I wish you were here
Here next to me
Been missing you so
So desperately
But lately I feel
Like you feel and
I see what you see
How I'm missing you

What happened to the ummah
Once known so well...

I wish you were here
Here next to me
Been missing you so
So desperately
But lately I feel
Like you feel and
I see what you see
How I'm missing you

What happened to the ummah
Once known so well
Greatness was known
But now can u tell
Used to inspire others with our way of thinking and speech
People came from afar just to hear us teach
Yo what happened to the ummah
Once known so well
Greatness was known
But now can u tell
Mosques are empty, refrigerators are stocked
We lost our deen we feel secure
'Cause our mansions are locked
In my teen years salah wasn't really that tight
Now I gotta pray each one of them twice
What happened to the ummah
Once known so well
Greatness was known
But now can u tell
Brother we prefer light skinned women
While righteously maintaining our deen against racism
What happened to the ummah
Once known so well
Greatness was known
But now can u tell

I wish you were here
Here next to me
Been missing you so
So desperately
But lately I feel
Like you feel and
I see what you see
How I'm missing you

What happened to the ummah once known so well
Greatness was known, but now can u tell
Kids in Africa are starving - can't afford to cry
I'll pay interest for a car I can't afford to buy
What happened to the ummah once known so well
Greatness was known, but now can u tell?
We used to smile at each other, with faces full of light
Now we frown at each other, we bicker and we fight
Pops in the mosque praying, kids in the streets hating
Kids on the corner selling, pops in the mosque preachin'
What happened to the ummah once known so well
Greatness was known but now can u tell?
The Quran has left out hearts stranded, hanging on out walls
6232verses, so strong
9 out of 10 of us can't even read or write
1924 feels distant like way before Christ

I wish you were here
Here next to me
Been missing you so
So desperately
But lately I feel
Like you feel and
I see what you see
How I'm missing you

Que le pasó a la maza
Como puede ser
La grandeza conocida
No la puedo ver
He visto como mi figura cae en tentación
A pesar de que la vida a sido buena con luz e ilusion
He pedido perdón por mis pecados
Tengo la cruz sobre mi cama y el diablo a mi lado
Que le pasó a la maza
Como puede ser
La belleza conocida
No la puedo ver
He sentido incompetencia buscando la verdad
Todos dicen conocerla solo veo la maldad
Que le pasó a la maza
Como puede ser
La pureza conocida
No la puedo ver

[Translation:]
What happened to the people
How can it be
Greatness was known
But now can you tell
I've watched myself fall from grace
Even though life has been good, filled with hopes and dreams
I've asked forgiveness for my sins
I have the cross above my bed and the devil by my side
What happened to the people
How can it be
Beauty was known
But now can you tell

If I was to fall on my knees and ask you to forgive everything for the Lord, out of Love, for the One,
oh oh oh... I've seen
And if u were to fall on ya knees and ask me the same
Brother, don't even think about it, lets just break out of the darkness of ignorance

I wish you were here
Here next to me
Been missing you so
So desperately
But lately I feel
Like you feel and
I see what you see
How I'm missing you ...

Sunday, December 20, 2009

Rupanya sekarang sukan SEA....

Rupanya sekarang Sukan SEA?. Yang mereka sibuk-sibuk cerita pasal Malaysia menang bola 1-0 menentang vietnam tu untuk sukan SEA? Adoi laaa.. punyalah aku tidak peka terhadap perkembangan sukan di alam buana ini. hahaha. Walaupun agak terlambat, tapi, tahniahlah kepada mereka. Eekekeke

Jadi, apa khabar team Malaysia? Aku, masa muda remaja dulu sangat suka tengok sukan terutamanya sukan badminton. huhu~. Erm.. salah satu sebab aku suka badminton sebab: kami sekeluarga merupakan peminat sukan ini. Eheks!! Terutama jika waktu-waktu sukan begini, maka akan ada lah Lee Chong Wei, Lin Dan dan Taufik Hidayat di rumah aku tu. Dan! biasanya akulah yang akan menjadi Lee Chong Wei. Haha! Itu menunjukkan betapa tinggi semangat nasionalisme aku sebagai warga negara Malaysia. Eheks!! Tapi kan, sekarang Lee Chong Wei sudah x terror main badminton! itu menyebabkan aku merasa agak tensen bila tengok match badminton di TV. Huh! Kau rasa kenapa? Aku rasa, sebab beliau tidak suka gelaran datuk yang diberikan kepadanya. =P. Sejak beliau dapat gelaran tu, makin merosot prestasi beliau. Mungkinkah gelaran itu begitu berat untuk beliau pikul lantas apabila membuat jumping smash, semuanya tidak menjadi? Hurmmm... Tidak penting! dan apatah lagi ini cuma andaian liar aku di ruang waktu yang 24 jam ini.


I like his style!! Hik2. Oh! Aku pernah terbaca beliau mahu menjadi model. Hemm... Ok! Boleh tahan! Eheks!!


Datuk Lee Chong Wei. Hemmm...pendapat aku, beliau sesuai jadi model apa? Akal jahat aku sering mengatakan bahawa, beliau amat sesuai jadi model produk A******n! Fill in the blank yah. ekekekeke

Taufik Hidayat. Dulu, kakak aku sangat minat dengan beliau. Tapi itu dulu, semasa beliau masih single. hik2

Apa2 pun, semoga berjaya kepada team Malaysia!!



Thursday, December 17, 2009

MengenaliMu

MengenaliMu Ya Allah,
rasanya makin merindu..
yakin itu sudah tidak pernah
aku tanyakan pada diriku,
kepada kalbuku..
kerana sejak aku tahu mengenal kehidupan,
ketika masih belum mengaji mukaddam dan al Quran,
aku sudah diberi kenal,
ada bintang..
ada bulan..
ada matahari..
dan ada awan...
ada yang menjadikan.

begitu aku terasa tanpa bertanya,
aku ingin makna mendalam,
sudah kuterima kenyataan bahawa alam jagat
dan seluruh mahluk ini..
ada yang menjadikan,
ciptaanMu Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang..

berulang ulang dalam hidupku diberi nafas,
berterusan menghayati nikmat,
makan minum dan tidur berehat,
maka dadaku penuh mengingati,
namaMu sentiasa dibibirku,
dan degup jantungku,
sentiasa mengingatiMu,
adalah tandaku dalam ingatanMu,
maka apabila aku diberi hayat,
di alam jagatMu,
bergerak berkerja,
mencari makan dan
bergaul dengan insan insan dan umatMu,
menjadi sebutan degup hatiku..

dan apa dan bagaimana..
dan dimana aku berada..
aku sentiasa dikurniai inayahMu Ya Allah,
maka aku sentiasa mengingatiMu..

maka dalam bersorak,
bergerak dan berteriak,
untuk apa..
untuk bagaimana..
aku tiba tiba saja,
seperti digerak oleh suatu kuasa,
menyentuh dalam kalbuku,
maka aku jadi terkelu,
mati teriak sorakku,
kerana nafasku,
terasa tinggal hanya satu..
maka tahu aku Ya Allah,
lonjak dan sorak,
gelak dan teriak,
bisa sekali lenyap,
dalam satu helaan nafas,
ketika dalam kealpaan,
menghayati dalam kefanaan..

Mahsuri M.S

Sajak Mahsuri M.S. Dulu, masa aku masih rajin mendengar radio, aku selalu dengar sajak ni dimainkan di Ikim.fm. Rasa meremang bulu roma. Rindu dan syahdu menusuk kalbu! Aku cuba cari mp3 sajak ni, tapi x jumpa di mana-mana. Tapi! aku akan terus mencari. hik2

Friday, November 27, 2009

Orang Arab

Alhamdulillah... selamat menunaikan solat hari raya aidiladha secara berjemaah di masjid kampus. Lepas usai mengerjakan solat, aku dan kawan sempat pula bergambar di dalam masjid dan juga mengambil gambar candid wajah-wajah mulus adik, kakak dan mak arab yang cun!! Hehe. Aku suka apabila dapat datang berjemaah di masjid, selain dapat solat berjemaah itu sendiri, aku suka sebab masa inilah dapat melihat wajah-wajah cun! adik, kakak dan mak arab yang selama ini terlindung dengan purdah mereka! Memang cun!! Pendek kata : Perfect!! Sebab inilah wanita digalakkan memakai purdah! Terutamanya, mereka yang cantik, ayu dan cun!! Sebab, sedangkan aku yang wanita ini suka dan teruja melihat kecantikan, keayuan dan ke'cun'an mereka!, apatah lagi kau yang bergelar lelaki!!! Eheks!! Ni antara gambar adik, kakak dan mak arab yang berjaya aku ambil. Hehe. Halalkan yer adik, kakak dan mak arab sekalian...










Mereka memang cantik!! Kau mahu isteri dan anak macam mereka?. Boleh!! Pergi pindah ke palestin!! Selamatkan wanita-wanita arab dan anak-anak arab di sana!. Eheks!!

Saturday, November 21, 2009

Dia membunuh lagi!!

Whoaa!! Macam-macam perfume dan kosmetik yang ada di pasaran sekarang kan? Tentu kau sendiri boleh senaraikan jenama-jenama perfume dan kosmetik yang ada. Semacam menjadi trend sekarang. Kalau keluar, mesti pakai perfume dan kosmetik! Kira, dua benda ni sudah jadi benda wajib sekarang la kannn... kira, macam kita boleh kata kpd adik kita, kalau x pakai tudung, dosa! Kalau x pakai perfume dan kosmetik, malapetaka!! eheks!! Tapi, aku bukanlah penggemar kedua-dua benda itu yah! Sekurang-kurangnya sekarang belum lagi. Eheks!!!

Kenapa tiba-tiba aku terfikir menulis tentang dua benda alah ni?!! Oh!! Ya! Baru aku ingat!! Tadi, semasa aku melepak di Kosmo!, aku terbaca cerita tentang lemak manusia yang dijadikan sebagai bahan kosmetik di Eropah! Aiyark!! Lagi menyedihkan apabila, di sebalik penghasilan produk ini, terdapat 60 orang nyawa yang melayang! Tentunya secara paksa! Mereka dibunuh!! Mereka itu ialah penduduk tempatan Peru. Dibunuh, dan diambil lemak mereka, kemudian diproses sehingga menjadi kosmetik yang kau gunakan sekarang ni. Aiyark!!! ok2!! Aku faham. Kau punya produk yang halal kan?. Ada cop halal dari JAKIM kan? kan? Eheks!!

Kawasan pembunuhan!!

Menurut Kosmo!, mangsa yang kebanyakannya Orang Asli dan peladang diperdayakan dengan ditawarkan kerja sebelum dibunuh. Ciss!! Penipu! Pembunuh!! Kejam! Binatang!! Kata seluruh keluarga mangsa. Eheks!!!


Perfume : The story of a murderer

Semasa membaca kisah ini, tiba-tiba aku teringat filem Perfume : The story of a murderer. Lebih kurang macam inilah kisahnya. Tapi, dalam filem ini, pembunuh ini yang menjadi watak utama. Ciss!! Watak pembunuh dalam filem ini (aku sudah lupa namanya, dan malas pula menggoogle untuk mencari!) merupakan seorang yang sangat sensitif deria baunya sejak dilahirkan!. Namun, lahir sebagai seorang yang kurang kasih sayang!. Bermulanya kerjayanya sebagai pembunuh apabila dia terbunuh seorang perempuan dan pada masa inilah kerjayanya sebagai seorang perfumer bermula. Kalau aku tidak silap laaa... sebab, aku menonton filem ini berabad dulu. Eheks!!!

Pendek kata, dia telah berjaya menghasilkan formula untuk menghasilkan perfume yang akan dapat menjadikan orang berkasih sayang, namun untuk itu, dia perlu membunuh beberapa orang gadis yang masih dara untuk mendapatkan (apa ntah?). Kalau bahasa sainsnya, mungkin sel dagu wanita yang dibunuhnya. Sekali lagi, kalau ingin mendapatkan kesahihan dan kalau kau rajin, kau bolehlah membuat review sendiri. Dan, akhirnya, untuk melengkapkan perfume yang dihasilkannya dengan gabungan sel dagu beberapa orang ( ke berapa puluh orang?) wanita, dia perlu pula membunuh wanita yang dia cintai untuk menjadikan perfumenya sempurna!!

Dia membunuh lagi! Kali ini wanita pertama yang dicintainya!! Eheks!!!

Saturday, November 14, 2009

Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain?


Setelah berzaman membaca buku ini, baru saat dan detik ini aku terpanggil untuk membuat sedikit ulasan. Seperti biasa, aku kononnya sibuk. haha. Mungkin kau pernah membaca buku ini? atau paling tidak, mengetahui kewujudan buku ini? eheks!!

Buku ini berjaya membawa fikrah aku hingga 2000 tahun sebelum masihi!!! Oh!! Penceritaan peristiwa kewujudan manusia yang tersusun rapi, bermula dari Adam as sehingga sampai ke simpang yang membawa aku mengenali siapa zulkarnain dan siapa sebenarnya Iskandar!

Apa yang pasti, kalau kau percaya Iskandar itu Zulkarnain, maka samalah seperti kau percaya yang george bush 'membunuh' Saddam Hussien suatu ketika dulu "mungkin" disebabkan Saddam Hussien tidak pandai memerintah negara!!

Wednesday, November 11, 2009

Suka-suka kerana aku suka!

Aku suka menconteng!!! Mungkin pernah aku katakan kpd kau satu ketika dulu?? minat aku yang satu ini. Ya! pernah!! tapi, bukan dalam blog ini. Tapi, dalam blog aku yang sudah menjadi arwah itu. Minat dan kecenderungan aku untuk menconteng!! Aku menconteng untuk suka-suka. Jadi, ikut suka hati kau lah mahu kata apa! Kerana kita sama. Bukan suka sama suka!, tapi kerana kita sama suka-suka!! Nah! Kau lihatlah sendiri hasil contengan aku ni. Saja. Suka-suka.















Ni laa hasil contengan aku. Ha!! Satu lagi! Kau tau apa??. Apabila aku semakin suka menconteng, itu ertinya aku sudah semakin tensennnn!! Esok aku ada exam, tapi sempat lagi tu menconteng!!! ciss!! hehehe

erm.... aku suka menconteng. Kau suka apa??

Saturday, September 26, 2009

Anak halal..

Anak Halal. Oh! Sedihnya cerita ni... siapa yang membuat filem ini memang aku tabik!. Aku malas mengulas apa-apa kerana aku terlalu sedih.

Pen off!!