Showing posts with label Aku bengang?. Show all posts
Showing posts with label Aku bengang?. Show all posts

Wednesday, February 17, 2010

Merempat di rumah sendiri

Keretakan politik negara yang memaksa sesetengah pihak meminta bantuan luar kebelakangan ini amat merisaukan. Aku bukan penganalisis politik, tapi mungkin cuma ingin mengajak kita untuk melihat hal ini dari sudut sejarah dan kebiasaan manusia.

Pernah dahulu, ketika orang Yahudi meminta untuk diiktiraf pembelian tanah mereka di Palestin, pada awal kurun ke 19, Sultan Abdul Hamid tidak sekali-kali memberikan pengiktirafan pada mereka. Emmanuel Carasso yang bersekongkol dengan Theodor Herzl telah cuba mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin sejak 1898 lagi. Sultan tetap bertegas. Yahudi menawarkan untuk membeli ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin dengan harga yang tinggi. Sultan tetap menolak. Yahudi menawarkan pula untuk menyewa tanah itu selama 99 tahun dengan harga yang cukup tinggi. Sultan tetap menolak.

Kata mereka : "Kami bukannya mahu membuat Negara di sana, kami hanya mahu Tuan yang mulia mengiktiraf tanah yang kami hendak beli" kata Emmanuel Carasso.

Namun, tegas sultan : "Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya!".

Memang betul, ketika Sultan Abdul Hamid digulingkan pada 1909, Yahudilah golongan yang paling gembira. Benarlah telahan Sultan,"Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya". 40 tahun selepas kejadian ini, Yahudi bukan sahaja mendapat pengiktirafan duduk, malahan mendapat sebuah Negara!.

Dan, di negara kita. Pernah dulu, ketika moyang kepada moyang kita masih muda remaja, berkain pelikat tapi bertempik tempur menentang si pejuang berslogan "asia untuk orang asia", kacak berserban, tetapi ligat bermain parang dan pedang menentang penjajah barat yang celaka menabur janji!. Semuanya kerana apa? Semuanya kerana kerakusan mereka yang ketika itu terbuai dengan janji-janji palsu dan terpesona dengan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh british. Syaratnya hanya satu : "Biarkan aku MEMBANTU tuanku memerintah negeri".

Bermula dari situ, lantas tidak perlu diceritakan lagi kesengsaraan yang dialami penduduk. Kau dan mereka tahu betapa sengsaranya moyang kepada moyang kita yang kacak berserban dan berkain pelikat itu dahulu berebutkan hak hidup di bumi kita sendiri!. MEREMPAT DI RUMAH SENDIRI. Rasanya, tiada hakikat yang lebih pedih daripada itu.

Lantas, setelah kita dihidangkan dengan sejarah itu, bukankah secara matang dan warasnya kita mengambil ikhtibar daripada sejarah itu?. Dengan matang dan warasnya, kita perlu menghindari perkara yang boleh menyebabkan mereka, watak tambahan yang celaka itu daripada menghulurkan BANTUAN yang akhirnya boleh menjadikan mereka TUAN di negara kita ini?

Memang!. Di saat ORANG RUMAH sendiri melemparkan kita jauh ke tengah keserabutan. Mungkin, jalan terbaik ialah dengan meminta bantuan MEREKA, cucu cicit penjajah moyang kepada moyang kita yang kacak berserban dan berkain pelikat itu. Tetapi, sejarah telah mencatatkan bahawa, dengan bantuan mereka yang sedikit itu telah berjaya menjadikan mereka tuan di negara kita. Moyang kepada moyang kita merempat di tanah sendiri, diperangi, dibunuh, menderita dan sengsara. Segalanya bermula dengan persetujuan pemerintah untuk penjajah-penjajah itu CAMPUR TANGAN di negara kita.

Tapi, sedihnya, ramai dan yang pastinya, mereka yang memegang tampuk pemerintahan mungkin tidak menyedari hakikat ini. Mereka terus berperang. Berperang demi apa? Berperang untuk siapa?. Entahlah. Hanya mereka yang boleh menjawab persoalan itu. Apa yang pasti, jangan sampai lesung dan alu penat berantakan, akhirnya..ayam di luar yang sedang memerhati makan kekenyangan!"

Sunday, January 3, 2010

: No Network Coverage


Apa status kes Dr. MAZA sekarang ya? Ke sama bengongnya dengan kes posting budak2 ISMP = unknown error? Mungkin, atau sebenarnya, jawapan xda dalam skema? Macam kisah jenayah model yg dibom sampai hancur tu? Ala-ala x-files. Tapi, itu pasal alien! Biasanya, scully dan mulder akan siasat kes dan case closed sebab pelakunya ialah alien. Jadi?? Kesimpulannya?? Kes-kes ini apa? Dan pelakunya siapa? atau tepatnya mungkin.... apa?? Tiba-tiba aku utarakan soalan2 luar lingkungan ni kenapa?! kan sudah KPM & Jais kata : No Network Coverage

Saturday, December 19, 2009

Polemik graduan


Aku sebolehnya tidak mahu memikirkan tentang perkara ini sebelum aku benar-benar tamat pengajian. Sebab, banyak versi dan simpang cerita ini yang akhirnya hanya membawa kepada satu perkataan iaitu : Sakit hati. Tapi, semalam, setelah aku dan rakan diajak berborak mengenai perkara ini secara tidak sengaja, dan! semalam juga, aku secara peribadinya ditanya mengenai hal ini, dan diceritakan sedikit sebanyak tentang hal sebenar yang berlaku kepada kawan kepada kawan aku yang juga menjadi mangsa yang sedang sakit hati akibat perkara ini, maka aku dengan separuh rela memikirkan perkara ini dan akhirnya terfikirkan soalan : apa khabar dengan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan IPTA di negara kita umumnya, dan di kampus aku khususnya??

Setakat yang aku dengar, agak ramai graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) yang mengaji dan mengkaji pedagogi selama empat tahun di universiti dan mungkin hampir semuanya menanggung hutang PTPTN yang banyak (bagi yang tidak ditawarkan biasiswa JPA atau KPM) tidak dihantar mengajar di mana-mana sekolah kerana gagal ujian INSAK (Inventory Sahsiah Keguruan) dan temuduga!. Dan! mereka ini perlu menjalani ujian ini lagi dan lagi, selagi asa masih ada sehingga bertemu kepada satu kepastian iaitu : lulus dan mendapat penempatan!

Kemudian! setakat yang aku dengar juga, posting untuk budak2 ISMP untuk tahun 2010 (maksudnya, aku lah antara mereka) akan dibekukan untuk tempoh dua tahun. Ini ura-ura yang aku dan kawan-kawan aku dapat dari blog UPSI. Tapi! aku tidak pasti kesahihan cerita ini kerana, KPM atau mana-mana institusi tidak pula membuat pengakuan rasmi mengenai perkara ini di mana-mana media cetak atau elektronik.

Mendengar perkara-perkara ini boleh menyebabkan jantung berhenti berdegup sebelum terhempas ke dasar perut dan membusuk di situ dan mengeluarkan bau yang bersepupu dengan sakit hati, mengutuk, mencerca, bertempik debat, berbalas jeling, dan bersarang dendam antara KPM dan anak emas mereka dan graduan ISMP yang berpuluh ribu menghabiskan masa di Universiti selama 4 tahun sambil mengumpul hutang sampai berpuluh ribu dan masih boleh tersenyum dan meneruskan perjuangan dengan asa yang tinggal sedikit walaupun tidak dijamin masa depan mereka!.

Maka, terjadilah polemik antara graduan ISMP dan bukan ISMP yang ingin menjadi guru. lantaran, dalam budak2 ISMP dan graduan bukan ISMP berpolemik, maka sudah tentu isu dan point yang sering dilontarkan oleh graduan ISMP umumnya dan aku khususnya, kenapa perlu kami, budak2 ISMP diperlakukan begini?. Kenapa dianak tirikan sehingga sebegini rupa?.

Penegasan di sini, aku bukanlah anti DPLI / KPLI atau GSTT. Bukan! sekurang-kurangnya setakat ini tidak lagi. Eheks! Tapi, cuma mahu memberi pendapat di sini. Pendapat yang mungkin menzabad kesukaan kau berkawan dengan aku, atau juga menimbulkan marah kau kepada pihak-pihak tertentu, atau kedua-duanya.

Kenapa GSTT (guru sandaran tidak terlatih) , KPLI diwujudkan satu waktu dahulu dan kemudian ditambah pula dengan DPLI dewasa ini?. Jawapannya hanya satu : ingin menampung kekurangan guru yang berlaku di negara kita. Sekarang, setelah berlakunya lambakan guru, maka apa perlunya lagi program ini?. Kemudian, apabila heboh cerita pengambilan KPLI/DPLI ditiadakan, bagai diragut nyawa dan mendesak diwujudkan peluang kedua dengan bersandarkan kepada kenyataan : kami amat berminat menjadi guru. Betul! tidak dinafikan. Dan, kau tidak bersalah untuk meminta. Tidak!. Mintalah apa saja.

Anda GSTT?. Inginkan hak diserapkan menjadi guru tetap atau anda graduan DPLI/KPLI?. Meminta peluang kedua apabila hak anda ditiadakan?.

Walau siapapun kau, kau sesunguhnya tidak bersalah untuk meminta!. Mintalah apa saja. Tetapi, sebagai insan yang punya perasaan, berakal dan berpendidikan. Maka, tentu kau faham perasaan kami. Kami, budak2 ISMP tidak banyak meminta. Cuma satu, satu saja. Satu yang sememangnya layak untuk kami minta. Meminta setelah ditempatkan di sini, belajar pedagogi selama 4 tahun, berhutang berpuluh ribu kerana ini. Jadi, kami hanya meminta ruang untuk difahami perasaannya. Diselami kedukaannya. Diambil kisah kekecewaannya. Kami tidak minta elaun seperti yang kau dan mereka berikan kepada budak2 DPLI/KPLI, jauh sekali kami meminta untuk disingkatkan tempoh pengajian sehingga setahun saja menjalani kursus perguruan, sudah dihantar mengajar di sekolah tanpa banyak tapisan. Kami juga (sekurang-kurangnya aku) tidak terlintas untuk marah kepada mereka kerana begitu mudah menjadi guru walaupun kesal itu tetap ada.

*Kau yang waras mesti tahu dan faham bagaimana rasanya jika kau kini berdiri sebagai budak ISMP!

Monday, December 14, 2009

Tapi bukan aku

Seminggu ini, aku sudah menjadi bukan aku. Aku terpaksa atau aku terlalu memaksa?. Atau kedua-duanya?. Yah!! Kedua-duanya. Aku terpaksa menjadi bukan aku kerana terlalu memaksa untuk mendapatkan sesuatu yang bukan aku punya!. Bukan aku perlukan sangat, tapi mungkin betul kata sahabat aku, sebab aku menjadi sedikit tamak. Tamak yang menyebabkan aku menjadi bukan aku. Huuh!! Entahlah! Sukar bila kita sendiri tidak tahu apa yang kita mahu sebenarnya. Sebab, dari tidak tahu itulah akan timbulnya sebuah keputusan sampah yang akan menyusahkan diri sendiri dan agama sendiri!!. ~ Iklan.


Saturday, December 5, 2009

Agak bengang!


OK! Kau pernah melawat Portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran?. Mesti pernah kan?. kan?. Kecuali! Kalau kau memang spesis tingkap yang tidak suka baca noticeboard masa sekolah dulu!! ekekeke. Al kisahnya, aku pun sama sebenarnya. Sangat malas memalingkan muka dan menghabiskan masa (kononnya) dan membedirikan diri (biasanya kalau mahu melihat info, kita kena berdirikan? sebab sepanjang aku hidup ni, rasanya tidak ada lagi noticeboard yang dibuat membuatkan kita boleh duduk bersantai atau sambil baring2 atas katil, sambil makan kacang atau tom yam!! ) semasa membaca info-info yang kadang-kadang ditampal dari 2 mellinium lepas lagi!!

OK! Kenapa aku menjadi rajin melawat Portal ini?. Ada laaa... rahsia! Eheks!! Tapi! kalau kau mahu tahu, kau pergilah melawat Portal ini dengan hati yang terbuka dan riang gembira. Dan kalau kau jenis tingkap seperti yang telah diterangkan di atas, maka buanglah rasa malas itu dik!! Rajin2kan dirimu! eheks!!

Sudah?. Kau sudah buka Portal SPP tu?. Apa yang kau jumpa?. Memang! Kalau mahu membuka aplikasi lain contohnya Log Masuk akaun, Daftar Permohonan Baru, Semakan Status Online, dan Informasi dalam Portal SPP tu, kita perlu guna Ie (internet explorer) untuk memaparkan data yang ada. Adoi laaa... kenapalah perlu ada birokrasi yang sebegini? Dalam alam maya pun ada ka?? Ayoyo.. Sudahlah Ie ni lembap macam siput sesat!! Melongo la aku menunggu loading (kononnya), setelah beberapa ketika, kau tahu aku jumpa apa? Kau mahu tahu? Mahu?. x boleh laa.. Rahsia! Mahu tahu? kau pergilah buka sendiri aplikasi-aplikasi yang ada tu dengan hati yang senang, riang dan gembira menggunakan Ie yang mungkin sudah berzaman kau tinggalkan atau sudah kau padam dari senarai software kau. Amat malang lah kalau begitu! Sebab! Kau masih tinggal di tanah yang masih mengamalkan birokrasi2 yang tidak bertempat ini!. ekekeke

Tajuk entri ini sepatutnya "aku amat bengang!"

* Sekali pandang, macam Portal SPP pula page aku ni. kan? Dua kali pandang, macam hantu Portal SPP pun ada! eheks!

Friday, November 27, 2009

Owhhhh


Setelah runtuhnya Kota Melaka,
Kita dirikan Putrajaya,
Satukan hati bangsa Malaysia!
Agar perpaduan, kekal selamanya!

Erm... Apa yang kau faham tentang Biro Tatanegara (BTN)?. Aku sebenarnya sampai sekarang masih tidak faham tujuan BTN ini dijalankan walaupun sudah mengikuti program ini lebih kurang dua tahun lepas!! Haha. Aku lagi bertambah bengang apabila, program ini menjadi program wajib bagi setiap pelajar di kampus aku khususnya, dan mungkin juga di kampus lain umumnya. Wajib maksudnya, penting sebagai syarat bergraduate!! Dalam kata lain, kalau tidak mengikuti program ini, walau kau meraung hentak-hentak kaki sampai runtuh bangunan KLCC pun, kau tidak akan bergraduate! Kira macam, pentingnya program ini setaraf dengan pentingnya kursus-kursus yang kau ambil selama 3, 4 atau 5tahun kau di universiti!!. (betulkan kalau aku salah).

Jadi, apa sebenarnya BTN ini sehingga menjadi begitu penting dalam kamus negara dan begitu menyusahkan! dalam kamus pelajar!?? OK! Biarlah aku ceritakan pengalaman aku semasa mengikuti program ini lebih kurang dua tahun lepas. Ketika itu, program hanya dijalankan selama sehari, dan diisi dengan program ceramah semata-mata!! Adoi laaa.. Aku yang memang jenis pembaris yang kurang gemar mendengar ceramah, maka kau faham sajalah!. Apatah lagi bila, isi ceramah dipenuhi dengan kutukan dan lemparan kata-kata kesat kepada pembangkang peringkat kampus secara mikronya, dan kutukan dan lemparan kata-kata kesat kepada pembangkang peringkat negara secara makronya!!.

Jadi, selepas mengikuti program itu, setelah dihidangkan propaganda2 bangkai itu, maka pun kununnya faham yang program ini dijalankan untuk memperkenalkan kepada kita umumnya, dan aku khususnya, betapa jahat!nya pembangkang itu, dan betapa malaikat!nya mereka itu. Tapi, pada masa itu, aku yang masih biul dan botol, maka aku biarkan saja. Mungkin, sebab aku tidak pernah terfikir untuk menjadi sepenyibuk ini. Eheks!!

Jadi, aku terus tidak faham, tidak tahu dan bahasa kiasannya, senduk dalam hal BTN ni sehinggalah apabila Selangor tidak mahu BTN diteruskan di negeri itu kerana melihat BTN sebagai indoktrinasi kerajaan untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman). Apabila aku mengimbas kembali pengalaman 2 tahun yang lepas, umm.. betul juga tu. Eheks!!

Kemudian, tiba-tiba aku jadi sedikit pandai malam ini. Maka aku pun mencari tujuan sebenar BTN ini dijalankan malah! wajib diikuti oleh kakitangan kerajaan dan pelajar2 yang tidak bersalah ini. Rupa2nya, tujuan BTN ni untuk memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara. Owhhh...( sambil menggeleng kepala).

Kadang-kadang, kita sebenarnya menjadi duri dalam daging kita sendiri tanpa kita sedari!!!

Sunday, November 22, 2009

Bosan


Apa topik hari ini?!. Sebenarnya aku betul2 bosan!. Sangat bosan!! Bosan tahap sidratul muntaha. Bila bosan2 begini, mood menulis pun hilang. Mood menconteng lagilah!! Mereka ini hanya akan wujud ketika aku berada dalam kesibukan dan ketensenan yang amat! Ha!! Ketika itulah mood menulis dan menconteng aku akan muncul! Sungguh aku x faham! Dan mungkin tidak akan faham sehingga mellinium hadapan sekalipun!! Adoi laaa

Saturday, November 21, 2009

Dia membunuh lagi!!

Whoaa!! Macam-macam perfume dan kosmetik yang ada di pasaran sekarang kan? Tentu kau sendiri boleh senaraikan jenama-jenama perfume dan kosmetik yang ada. Semacam menjadi trend sekarang. Kalau keluar, mesti pakai perfume dan kosmetik! Kira, dua benda ni sudah jadi benda wajib sekarang la kannn... kira, macam kita boleh kata kpd adik kita, kalau x pakai tudung, dosa! Kalau x pakai perfume dan kosmetik, malapetaka!! eheks!! Tapi, aku bukanlah penggemar kedua-dua benda itu yah! Sekurang-kurangnya sekarang belum lagi. Eheks!!!

Kenapa tiba-tiba aku terfikir menulis tentang dua benda alah ni?!! Oh!! Ya! Baru aku ingat!! Tadi, semasa aku melepak di Kosmo!, aku terbaca cerita tentang lemak manusia yang dijadikan sebagai bahan kosmetik di Eropah! Aiyark!! Lagi menyedihkan apabila, di sebalik penghasilan produk ini, terdapat 60 orang nyawa yang melayang! Tentunya secara paksa! Mereka dibunuh!! Mereka itu ialah penduduk tempatan Peru. Dibunuh, dan diambil lemak mereka, kemudian diproses sehingga menjadi kosmetik yang kau gunakan sekarang ni. Aiyark!!! ok2!! Aku faham. Kau punya produk yang halal kan?. Ada cop halal dari JAKIM kan? kan? Eheks!!

Kawasan pembunuhan!!

Menurut Kosmo!, mangsa yang kebanyakannya Orang Asli dan peladang diperdayakan dengan ditawarkan kerja sebelum dibunuh. Ciss!! Penipu! Pembunuh!! Kejam! Binatang!! Kata seluruh keluarga mangsa. Eheks!!!


Perfume : The story of a murderer

Semasa membaca kisah ini, tiba-tiba aku teringat filem Perfume : The story of a murderer. Lebih kurang macam inilah kisahnya. Tapi, dalam filem ini, pembunuh ini yang menjadi watak utama. Ciss!! Watak pembunuh dalam filem ini (aku sudah lupa namanya, dan malas pula menggoogle untuk mencari!) merupakan seorang yang sangat sensitif deria baunya sejak dilahirkan!. Namun, lahir sebagai seorang yang kurang kasih sayang!. Bermulanya kerjayanya sebagai pembunuh apabila dia terbunuh seorang perempuan dan pada masa inilah kerjayanya sebagai seorang perfumer bermula. Kalau aku tidak silap laaa... sebab, aku menonton filem ini berabad dulu. Eheks!!!

Pendek kata, dia telah berjaya menghasilkan formula untuk menghasilkan perfume yang akan dapat menjadikan orang berkasih sayang, namun untuk itu, dia perlu membunuh beberapa orang gadis yang masih dara untuk mendapatkan (apa ntah?). Kalau bahasa sainsnya, mungkin sel dagu wanita yang dibunuhnya. Sekali lagi, kalau ingin mendapatkan kesahihan dan kalau kau rajin, kau bolehlah membuat review sendiri. Dan, akhirnya, untuk melengkapkan perfume yang dihasilkannya dengan gabungan sel dagu beberapa orang ( ke berapa puluh orang?) wanita, dia perlu pula membunuh wanita yang dia cintai untuk menjadikan perfumenya sempurna!!

Dia membunuh lagi! Kali ini wanita pertama yang dicintainya!! Eheks!!!

Tidak bertauliah?. Duk diam2!! Kata mereka


Macam kenal manusia dekat dengan Dr. MAZA tuh. Apa dia buat di situ? Eheks!!

Mesti kau pernah dengar cerita pasal Dr. Asri atau nama akronimnya, Dr. MAZA (Mohd. Asri Zainul Abidin) yang ditangkap di rumahnya ketika menyampaikan ceramah agama kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah?. Kan? Kan? Yang kes dr. MAZA ditangkap oleh rombongan JAIS yang seramai 35 orang tu. Kau tahu kan? kan? Eheks!!!

Jadi, apa pendapat kau?

Kata kawan kepada kawan aku, dari segi undang-undang, memanglah perbuatan Dr. MAZA itu menyalahi undang-undang, sebab untuk menyampaikan ceramah agama, seseorang itu perlu mendapat tauliah dari Jabatan Agama dan dalam kes Dr. MAZA ini, beliau perlu mendapatkan tauliah yang sebenarnya permit daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dahulu. Ini bagi mengelakkan berlakunya penyebaran ajaran sesat. Sekurang-kurangnya, inilah yang kawan kepada kawan aku kata. Aku bukan orang undang-undang, jadi aku tidak boleh mengulas lebih-lebih pula mengenai kes ini dari segi undang-undang.

Tapi, sebagai seorang manusia yang waras (sekurang-kurangnya pada ketika ini. eheks!!), maka aku terpanggil pula mempertikaikan tindakan mereka itu. OK!. Kau tahu, dan mereka juga tahu, Dr. MAZA merupakan seorang bekas pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. Beliau merupakan orang berilmu, seorang pendidik dan rasanya, kau dan mereka belum pernah mendengar beliau membuat onar di muka bumi ini sehingga menyebabkan beliau dicop sebagai pengganas. Betul?. Jadi, apakah logiknya seorang pendidik dan merupakan mufti perlis ini ditangkap oleh segerombolan orang di rumahnya sendiri seperti beliau merupakan seorang penjenayah besar yang perlu dikawal beramai-ramai kerana takut akan mengganas jika ditangkap!! Kan? Kan? ke bukan? bukan ke? eheks!!

Kemudian, kau rasa, ajaran sesat apakah yang akan bakal diajarkan oleh seorang doktor falsafah yang mengkhusus dalam pengajian Al-Quran dan As-sunnah ini? kemudian mendapat pula 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India. Kau rasa, kesesatan apakah yang akan bakal dibawa oleh beliau?. Memang! Kita tidak boleh menilai orang melalui luarannya dan tidak boleh pula mentafsir niat orang disebalik tindakannya. Itu kerja Tuhan yang Esa! Tapi, bukankah kita dibekalkan dengan fikrah? Dan fikrah kita diajar, kesucian hati seseorang itu akan dapat digambarkan melalui riak wajahnya dan sopan santun tingkah lakunya. kan? kan? bukan ka? Eheks!!

Oh! Khabarnya khamis tu, permohonan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memindahkan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah ditolak kerana mengemukakan alasan yang kurang munasabah. Agaknya, mereka ini sudah tidak ada kerja. Atau mungkin sudah bosan menangkap orang berkhalwat atau! kerana sudah terlalu ramai yang berkhalwat sehingga tidak mampu untuk ditangkap!. Nah!! Kerja sedia ada pun masih berlambak dan belum selesai, mahu pula memeningkan kepala dengan kes yang tidak sepatutnya ada ini! Bukankah botol, chopstik, dan plastik namanya tu?!.

Kawan kepada kawan kepada kawan aku kata, orang-orang yang buat kerja-kerja botol, chopstik dan plastik ni biasanya ialah orang yang ada double PhD. (Penyakit hasad Dengki) dan! (Permenant head Damage!). Aku kata : Rindulah makan satay kajang Hj. Samuri. Sedap!! hehehe...

Friday, November 20, 2009

2012


Menonton filem 2012 hari ini setelah semalaman men'download'! Sakit hati sebab tidak dapat melihat kesudahan cerita ini! sebabnya? bahagian II dan III filem ini tidak dapat dimainkan dari mana-mana player yang aku ada! Memang lahanat betullah!! Format file ialah .mkv dan aku tahu codec yang sesuai ialah Matroska dan! aku yakin aku sudah meng'install' software ni. Bahagian I filem ini (peng'upload telah membahagi2kan filem ini untuk memudahkan kerja meng'upload' dan men'download'. Rasanya...). Sambung balik, (eheks!) Jadi, bahagian I cerita ni, OK ja aku tengok, tapi bila aku buka bahagian II, GOM kata, you don't have necessary codec to play!! x faham betul!!! kalau betul, kenapa part I aku boleh habiskan dengan jayanya??. Cisss!! Malaslah aku menyelongkar seluruh isi internet ini semata-mata kerana ingin mencari codec yang sesuai kononnya untuk format .mkv. Biarlah!! (Kata-kata pasrah). Eheks!!

Kalau kawan aku merangkap kawan baik aku membaca entri ini, aku jamin dia akan ketawa guling-guling sampai masuk bawah katil!. Sebab katanya, dia akan tengok nanti, ada orang belanja. Aku pula sempat berlagak tadi, aku kata, aku x perlu bayar sesen pun utk tgok cerita ini. Malah boleh baring-baring atas tilam sambil membalas komen2 kawan di Fesbuk, sambil makan2 nasi cafe harapan dan dapat pula bergosip dengan kawan2 thru YM. Whoaa!! Jadi, aku dapat bayangkan kalau dia membaca ketidakhabisan aku menonton filem ini atas alasan yang terlampaulah tidak logik dan sangat menyakitkan hati ini, dia pasti akan terus ketawa sambil tekan2 perut walau kepalanya disondol dengan penyapu sekalipun! Dan aku tahu dengan sesungguhnya, dia tidak bersalah kalau dia berkeputusan untuk ketawa sampai ke millenium depan sekalipun!! Eheks!!

OK! Setakat yang aku sempat tengok tadi, seperti biasa, filem2 orang putih ini amat superb dari segi kesan bunyi, ilustrasi (apa lagi yah??). Aku bukan orang filem. Jadi, aku tidak boleh menhuraikan panjang lebar tentang fizikal filem ini. Tapi, secara separuhnya, filem ini memang menarik. Filem ini juga dikaitkan dengan gambaran kiamat. Hurm... aku terfikir pula, kalaulah begini keadaannya, jadi siapakah yang bertuah menjadi watak utama dalam filem ini yah?? Seperti yang terdapat dalam filem ini, watak utamanya merupakan sebuah keluarga yang berjaya melepaskan diri dari tenggelam sama dalam runtuhan yang berlaku. Berjaya melarikan diri dari kiamat. Hik3.

Jadi macammana? Apa yang aku perlu buat untuk kedua-dua file yang corrupt nih?! Kalau boleh dipegang dan digenggam file ini, sudah lama aku buang dalam tong sampah dan minta bantuan kamen rider untuk hantar sisa buangan ke angkasa lepas!!! Huuh!!

Pendapat kau?