Friday, November 27, 2009

Owhhhh


Setelah runtuhnya Kota Melaka,
Kita dirikan Putrajaya,
Satukan hati bangsa Malaysia!
Agar perpaduan, kekal selamanya!

Erm... Apa yang kau faham tentang Biro Tatanegara (BTN)?. Aku sebenarnya sampai sekarang masih tidak faham tujuan BTN ini dijalankan walaupun sudah mengikuti program ini lebih kurang dua tahun lepas!! Haha. Aku lagi bertambah bengang apabila, program ini menjadi program wajib bagi setiap pelajar di kampus aku khususnya, dan mungkin juga di kampus lain umumnya. Wajib maksudnya, penting sebagai syarat bergraduate!! Dalam kata lain, kalau tidak mengikuti program ini, walau kau meraung hentak-hentak kaki sampai runtuh bangunan KLCC pun, kau tidak akan bergraduate! Kira macam, pentingnya program ini setaraf dengan pentingnya kursus-kursus yang kau ambil selama 3, 4 atau 5tahun kau di universiti!!. (betulkan kalau aku salah).

Jadi, apa sebenarnya BTN ini sehingga menjadi begitu penting dalam kamus negara dan begitu menyusahkan! dalam kamus pelajar!?? OK! Biarlah aku ceritakan pengalaman aku semasa mengikuti program ini lebih kurang dua tahun lepas. Ketika itu, program hanya dijalankan selama sehari, dan diisi dengan program ceramah semata-mata!! Adoi laaa.. Aku yang memang jenis pembaris yang kurang gemar mendengar ceramah, maka kau faham sajalah!. Apatah lagi bila, isi ceramah dipenuhi dengan kutukan dan lemparan kata-kata kesat kepada pembangkang peringkat kampus secara mikronya, dan kutukan dan lemparan kata-kata kesat kepada pembangkang peringkat negara secara makronya!!.

Jadi, selepas mengikuti program itu, setelah dihidangkan propaganda2 bangkai itu, maka pun kununnya faham yang program ini dijalankan untuk memperkenalkan kepada kita umumnya, dan aku khususnya, betapa jahat!nya pembangkang itu, dan betapa malaikat!nya mereka itu. Tapi, pada masa itu, aku yang masih biul dan botol, maka aku biarkan saja. Mungkin, sebab aku tidak pernah terfikir untuk menjadi sepenyibuk ini. Eheks!!

Jadi, aku terus tidak faham, tidak tahu dan bahasa kiasannya, senduk dalam hal BTN ni sehinggalah apabila Selangor tidak mahu BTN diteruskan di negeri itu kerana melihat BTN sebagai indoktrinasi kerajaan untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman). Apabila aku mengimbas kembali pengalaman 2 tahun yang lepas, umm.. betul juga tu. Eheks!!

Kemudian, tiba-tiba aku jadi sedikit pandai malam ini. Maka aku pun mencari tujuan sebenar BTN ini dijalankan malah! wajib diikuti oleh kakitangan kerajaan dan pelajar2 yang tidak bersalah ini. Rupa2nya, tujuan BTN ni untuk memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara. Owhhh...( sambil menggeleng kepala).

Kadang-kadang, kita sebenarnya menjadi duri dalam daging kita sendiri tanpa kita sedari!!!

6 comments:

  1. Ya cintakan negara dan sayangi parti BN..hahaha!!! aspirasi la kunun..

    slogan: menyusahkan rakyat didahulukan,
    kesenangan menteri diutamakan..
    hehe!!(tiba2)

    ReplyDelete
  2. En. Anon! Macam kenal!!! hehehe!!

    "menyusahkan rakyat di dahulukan,,poket menteri diutamakan"

    Erm... rasanya slogan ni lagi tepat kan? ka bukan? hik3

    ReplyDelete
  3. siapa aku..kalo ko kenal la kunun??hahaha!!!

    ReplyDelete
  4. mana mungkin aku boleh lupa saat kita berjuang bersama dalam skuad power rangers penyelamat dunia. ko kan power ranger hitam. hahaha!!

    ReplyDelete
  5. aishh..kenapa tiada ultraman,,power rangers tu propaganda je hehehe!!

    ReplyDelete
  6. ultraman suda dibunuh oleh bezita.. goku x sempat selamatkan. Eh! kan ada keluar buletin utama. ko x tgok ka?? hehehehe

    ReplyDelete