Wednesday, December 30, 2009

Tahun baru lagi

Semalam kita datang,
bawa janji, bawa amanat.

Hari ini sudah jelang,
antara lupa, antara ingat.

Esok kita pulang,
bawa pahala, bawa lahanat!


Selamat tahun baru!! Macam baru semalam aku sambut 2009, alih2, lusa sudah masuk 2010. Hemmm... terasa terlalu cepat masa berlalu.. atau aku yang lambat?. Hemm

krisis situasi


Mendongak,
melihat ke hadapan,
dengan kepercayaan yang sedikit cuma,
dan tenaga yang masih bersisa,
merenung jauh ke dasar situasi,
berharap agar suasananya kali ini berbeza.
bertaruh lagi?
terasa keberanian hanya satu,
lantas,
mampukah aku bertarung
dengan keadaan papa begini?
akan menangkah aku melawan situasi?
hanya satu 'mungkin' yang aku pasti!
Jika aku kalah lagi,
mungkin!
Mungkin aku tidak akan mampu berdiri lagi!
mengenangkan itu,
takutku sampai ke puncak,
risauku hingga ke pundak!

Wednesday, December 23, 2009

kau golongan apa?


Kawan kepada kawan aku kata, hidup ini, spesifiknya lagi hidup dalam mencari cinta ini, spesifiknya lagi, mencari cinta manusia seperti kau dan aku ini, kita yang bergelar manusia ini sebenarnya hanya ada dua pilihan : mempermainkan orang atau dipermainkan orang. Ini kawan kepada kawan aku kata..

Apa pendapat kau?

Entahlah. Apa pun pendapat kau, kau boleh simpan sendiri dalam kepala atau kalau kau ada diari, kau boleh peram sendiri, atau kalau kau ada kawan-kawan yang sejiwa dengan kau, suka berbicara mengenai kehidupan, maka kau boleh pula dengan tiba-tibanya menyatakan pendapat kau mengenai perkara ini tanpa diminta dan disuruh. Dan! jangan salahkan aku kalau dengan tiba-tibanya juga dia kata kau gila atau mungkin kau dikarate disitu juga kerana dia amat tidak bersetuju dengan apa juga pendapat yang kau utarakan itu. Eheks!!

Walaupun agak tidak adil, tapi sekurang-kurangnya buat masa ini (mungkin) aku bersetuju dengan apa yang dipendapatkan oleh kawan kepada kawan aku ini. Entah! Mungkin sebab aku berpegang kepada kata-kata ini : Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah yang seterusnya! atau pendek kata : setiap sesuatu itu perlu ada matlamatnya!

*Golongan ketiga ialah mereka yang saling ikhlas untuk melengkapi.


Tuesday, December 22, 2009

Entah!


Apalah? Manusia apa yang hidup tanpa menyimpan sebarang memori?. Hantu?. Jadi normal istilahnya kalau kau masih teringat! atau mengingat dengan sengaja kerana kau manusia. Jadi, janganlah kau hantukkan kepalamu ke dinding apabila tiba-tiba kau masih teringat perkara yang telah kau persetujui untuk dilupakan saja. Atau kau tiba-tiba berfantasi sebaliknya untuk perkara-perkara yang telah berabad kau kesali kewujudannya!

Adakah ini satu lagi saranan dan kenyataan membela diri? atau ini merupakan satu lagi saranan dan kenyataan berani mati?? Entah!

Sunday, December 20, 2009

Rupanya sekarang sukan SEA....

Rupanya sekarang Sukan SEA?. Yang mereka sibuk-sibuk cerita pasal Malaysia menang bola 1-0 menentang vietnam tu untuk sukan SEA? Adoi laaa.. punyalah aku tidak peka terhadap perkembangan sukan di alam buana ini. hahaha. Walaupun agak terlambat, tapi, tahniahlah kepada mereka. Eekekeke

Jadi, apa khabar team Malaysia? Aku, masa muda remaja dulu sangat suka tengok sukan terutamanya sukan badminton. huhu~. Erm.. salah satu sebab aku suka badminton sebab: kami sekeluarga merupakan peminat sukan ini. Eheks!! Terutama jika waktu-waktu sukan begini, maka akan ada lah Lee Chong Wei, Lin Dan dan Taufik Hidayat di rumah aku tu. Dan! biasanya akulah yang akan menjadi Lee Chong Wei. Haha! Itu menunjukkan betapa tinggi semangat nasionalisme aku sebagai warga negara Malaysia. Eheks!! Tapi kan, sekarang Lee Chong Wei sudah x terror main badminton! itu menyebabkan aku merasa agak tensen bila tengok match badminton di TV. Huh! Kau rasa kenapa? Aku rasa, sebab beliau tidak suka gelaran datuk yang diberikan kepadanya. =P. Sejak beliau dapat gelaran tu, makin merosot prestasi beliau. Mungkinkah gelaran itu begitu berat untuk beliau pikul lantas apabila membuat jumping smash, semuanya tidak menjadi? Hurmmm... Tidak penting! dan apatah lagi ini cuma andaian liar aku di ruang waktu yang 24 jam ini.


I like his style!! Hik2. Oh! Aku pernah terbaca beliau mahu menjadi model. Hemm... Ok! Boleh tahan! Eheks!!


Datuk Lee Chong Wei. Hemmm...pendapat aku, beliau sesuai jadi model apa? Akal jahat aku sering mengatakan bahawa, beliau amat sesuai jadi model produk A******n! Fill in the blank yah. ekekekeke

Taufik Hidayat. Dulu, kakak aku sangat minat dengan beliau. Tapi itu dulu, semasa beliau masih single. hik2

Apa2 pun, semoga berjaya kepada team Malaysia!!



Saturday, December 19, 2009

Polemik graduan


Aku sebolehnya tidak mahu memikirkan tentang perkara ini sebelum aku benar-benar tamat pengajian. Sebab, banyak versi dan simpang cerita ini yang akhirnya hanya membawa kepada satu perkataan iaitu : Sakit hati. Tapi, semalam, setelah aku dan rakan diajak berborak mengenai perkara ini secara tidak sengaja, dan! semalam juga, aku secara peribadinya ditanya mengenai hal ini, dan diceritakan sedikit sebanyak tentang hal sebenar yang berlaku kepada kawan kepada kawan aku yang juga menjadi mangsa yang sedang sakit hati akibat perkara ini, maka aku dengan separuh rela memikirkan perkara ini dan akhirnya terfikirkan soalan : apa khabar dengan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan IPTA di negara kita umumnya, dan di kampus aku khususnya??

Setakat yang aku dengar, agak ramai graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) yang mengaji dan mengkaji pedagogi selama empat tahun di universiti dan mungkin hampir semuanya menanggung hutang PTPTN yang banyak (bagi yang tidak ditawarkan biasiswa JPA atau KPM) tidak dihantar mengajar di mana-mana sekolah kerana gagal ujian INSAK (Inventory Sahsiah Keguruan) dan temuduga!. Dan! mereka ini perlu menjalani ujian ini lagi dan lagi, selagi asa masih ada sehingga bertemu kepada satu kepastian iaitu : lulus dan mendapat penempatan!

Kemudian! setakat yang aku dengar juga, posting untuk budak2 ISMP untuk tahun 2010 (maksudnya, aku lah antara mereka) akan dibekukan untuk tempoh dua tahun. Ini ura-ura yang aku dan kawan-kawan aku dapat dari blog UPSI. Tapi! aku tidak pasti kesahihan cerita ini kerana, KPM atau mana-mana institusi tidak pula membuat pengakuan rasmi mengenai perkara ini di mana-mana media cetak atau elektronik.

Mendengar perkara-perkara ini boleh menyebabkan jantung berhenti berdegup sebelum terhempas ke dasar perut dan membusuk di situ dan mengeluarkan bau yang bersepupu dengan sakit hati, mengutuk, mencerca, bertempik debat, berbalas jeling, dan bersarang dendam antara KPM dan anak emas mereka dan graduan ISMP yang berpuluh ribu menghabiskan masa di Universiti selama 4 tahun sambil mengumpul hutang sampai berpuluh ribu dan masih boleh tersenyum dan meneruskan perjuangan dengan asa yang tinggal sedikit walaupun tidak dijamin masa depan mereka!.

Maka, terjadilah polemik antara graduan ISMP dan bukan ISMP yang ingin menjadi guru. lantaran, dalam budak2 ISMP dan graduan bukan ISMP berpolemik, maka sudah tentu isu dan point yang sering dilontarkan oleh graduan ISMP umumnya dan aku khususnya, kenapa perlu kami, budak2 ISMP diperlakukan begini?. Kenapa dianak tirikan sehingga sebegini rupa?.

Penegasan di sini, aku bukanlah anti DPLI / KPLI atau GSTT. Bukan! sekurang-kurangnya setakat ini tidak lagi. Eheks! Tapi, cuma mahu memberi pendapat di sini. Pendapat yang mungkin menzabad kesukaan kau berkawan dengan aku, atau juga menimbulkan marah kau kepada pihak-pihak tertentu, atau kedua-duanya.

Kenapa GSTT (guru sandaran tidak terlatih) , KPLI diwujudkan satu waktu dahulu dan kemudian ditambah pula dengan DPLI dewasa ini?. Jawapannya hanya satu : ingin menampung kekurangan guru yang berlaku di negara kita. Sekarang, setelah berlakunya lambakan guru, maka apa perlunya lagi program ini?. Kemudian, apabila heboh cerita pengambilan KPLI/DPLI ditiadakan, bagai diragut nyawa dan mendesak diwujudkan peluang kedua dengan bersandarkan kepada kenyataan : kami amat berminat menjadi guru. Betul! tidak dinafikan. Dan, kau tidak bersalah untuk meminta. Tidak!. Mintalah apa saja.

Anda GSTT?. Inginkan hak diserapkan menjadi guru tetap atau anda graduan DPLI/KPLI?. Meminta peluang kedua apabila hak anda ditiadakan?.

Walau siapapun kau, kau sesunguhnya tidak bersalah untuk meminta!. Mintalah apa saja. Tetapi, sebagai insan yang punya perasaan, berakal dan berpendidikan. Maka, tentu kau faham perasaan kami. Kami, budak2 ISMP tidak banyak meminta. Cuma satu, satu saja. Satu yang sememangnya layak untuk kami minta. Meminta setelah ditempatkan di sini, belajar pedagogi selama 4 tahun, berhutang berpuluh ribu kerana ini. Jadi, kami hanya meminta ruang untuk difahami perasaannya. Diselami kedukaannya. Diambil kisah kekecewaannya. Kami tidak minta elaun seperti yang kau dan mereka berikan kepada budak2 DPLI/KPLI, jauh sekali kami meminta untuk disingkatkan tempoh pengajian sehingga setahun saja menjalani kursus perguruan, sudah dihantar mengajar di sekolah tanpa banyak tapisan. Kami juga (sekurang-kurangnya aku) tidak terlintas untuk marah kepada mereka kerana begitu mudah menjadi guru walaupun kesal itu tetap ada.

*Kau yang waras mesti tahu dan faham bagaimana rasanya jika kau kini berdiri sebagai budak ISMP!

Salam maal hijrah

Tahu apa? Aku tidak suka berurusan dengan orang, sebab selalunya aku yang akan mengalah!. Iklan~

Berlalu 1 lagi tahun hijrah. kan?. Banyak betul perkara yang sepatutnya aku buat tahun hijrah yg lepas, tetapi akhirnya jatuh satu persatu dalam perjalanan aku sampai ke hari ini. Banyak!!! Sampai aku x mampu untuk mengutipnya satu persatu! Dan! Mustahil aku dapat kutip balik, satu persatu, letak atas bahu aku yang memang sudah banyak memikul beban ni, sebab kau dan aku tahu dan amat faham, lepas pukul 5, bukan pukul 4! Kemudian, banyak juga perkara-perkara sampah yang tidak sepatutnya aku kutip sepanjang perjalanan, tetapi aku kutip! Aku lupa kenapa! seperti biasa, lupa merupakan fitrah manusia!. dan manusia itu ialah AKU!.

Tahun hijrah ini, spesifiknya lagi, tahun 1431 hijrah ini, juga seperti biasa, atau mungkin juga seperti kau, aku juga mahu menjadi yang lebih baik dari tahun lepas. Songsang namanya kalau aku mahu menjadi lebih jahat dari sebelum ini kerana fitrah manusia sekali lagi, sentiasa menginginkan sesuatu yg lebih baik, seterusnya terbaik dan akhir yang tidak akan mungkin terjadi tetapi sering dilaparkan oleh kau dan aku yang bergelar manusia ini ialah SEMPURNA. Kau dan aku, selagi kita bergelar manusia, spesifik lagi, manusia biasa yang selalu buat dosa, tetapi lapar dan dahagakan SEMPURNA ini, walaupun pernyataan ini agak provokasi dan klise, tapi jauh dari bohong, inilah hakikatnya, SEMPURNA itu milikNya.

Tapi, walau apa pun aku, selagi aku diberi nafas, aku hanya berharap, aku masih boleh bertahan hidup di dalam lingkungan masyarakat yang pelbagai jenis sikapnya ini, untuk setahun ini lagi, sebelum aku diberi peluang sekali lagi untuk berharap seperti ini pada tahun hijrah akan datang. Salam maal hijrah. Maaf, agak terlambat. hehe

Thursday, December 17, 2009

MengenaliMu

MengenaliMu Ya Allah,
rasanya makin merindu..
yakin itu sudah tidak pernah
aku tanyakan pada diriku,
kepada kalbuku..
kerana sejak aku tahu mengenal kehidupan,
ketika masih belum mengaji mukaddam dan al Quran,
aku sudah diberi kenal,
ada bintang..
ada bulan..
ada matahari..
dan ada awan...
ada yang menjadikan.

begitu aku terasa tanpa bertanya,
aku ingin makna mendalam,
sudah kuterima kenyataan bahawa alam jagat
dan seluruh mahluk ini..
ada yang menjadikan,
ciptaanMu Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang..

berulang ulang dalam hidupku diberi nafas,
berterusan menghayati nikmat,
makan minum dan tidur berehat,
maka dadaku penuh mengingati,
namaMu sentiasa dibibirku,
dan degup jantungku,
sentiasa mengingatiMu,
adalah tandaku dalam ingatanMu,
maka apabila aku diberi hayat,
di alam jagatMu,
bergerak berkerja,
mencari makan dan
bergaul dengan insan insan dan umatMu,
menjadi sebutan degup hatiku..

dan apa dan bagaimana..
dan dimana aku berada..
aku sentiasa dikurniai inayahMu Ya Allah,
maka aku sentiasa mengingatiMu..

maka dalam bersorak,
bergerak dan berteriak,
untuk apa..
untuk bagaimana..
aku tiba tiba saja,
seperti digerak oleh suatu kuasa,
menyentuh dalam kalbuku,
maka aku jadi terkelu,
mati teriak sorakku,
kerana nafasku,
terasa tinggal hanya satu..
maka tahu aku Ya Allah,
lonjak dan sorak,
gelak dan teriak,
bisa sekali lenyap,
dalam satu helaan nafas,
ketika dalam kealpaan,
menghayati dalam kefanaan..

Mahsuri M.S

Sajak Mahsuri M.S. Dulu, masa aku masih rajin mendengar radio, aku selalu dengar sajak ni dimainkan di Ikim.fm. Rasa meremang bulu roma. Rindu dan syahdu menusuk kalbu! Aku cuba cari mp3 sajak ni, tapi x jumpa di mana-mana. Tapi! aku akan terus mencari. hik2

Monday, December 14, 2009

Tapi bukan aku

Seminggu ini, aku sudah menjadi bukan aku. Aku terpaksa atau aku terlalu memaksa?. Atau kedua-duanya?. Yah!! Kedua-duanya. Aku terpaksa menjadi bukan aku kerana terlalu memaksa untuk mendapatkan sesuatu yang bukan aku punya!. Bukan aku perlukan sangat, tapi mungkin betul kata sahabat aku, sebab aku menjadi sedikit tamak. Tamak yang menyebabkan aku menjadi bukan aku. Huuh!! Entahlah! Sukar bila kita sendiri tidak tahu apa yang kita mahu sebenarnya. Sebab, dari tidak tahu itulah akan timbulnya sebuah keputusan sampah yang akan menyusahkan diri sendiri dan agama sendiri!!. ~ Iklan.


Monday, December 7, 2009

Aku tuan

pukul 12 malam
buku masih terselak,
menampakkan loncatan-loncatan huruf,
satu demi satu,
tiap satunya ada makna,
tapi aku masih seperti tadi,
khayal melihat awan
kelabu warnanya!
sekelabu hatiku,
atau otakku,
atau kedua-duanya,
parah! binasa!!
bila agaknya angin bertiup,
meniup awan kelabu itu
jauh ke hujung sana?
atau, mungkin yang tidak mungkin,
awan itu jatuh sendiri,
pecah berderai di atas bumi
sebelum sifatnya sempurna
untuk menurunkan hujan,
kemudian melengkapkan kesudahan yang tragis ini?
aku rebah!
dengan mata yang hampir koma melihat,
telinga yang sudah nazak mendengar,
jiwa dan minda yang tenat,
aku terlelap,
walaupun koma,
meskipun nazak dan tenat,
mereka ini perlu bekerja lagi,
esok dengan izinNya,
melihat lagi,
mendengar lagi,
bekerja untuk aku,
tuan yang sedang nazak!
nazak bersama sisa2 kebodohan ini!

Saturday, December 5, 2009

Agak bengang!


OK! Kau pernah melawat Portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran?. Mesti pernah kan?. kan?. Kecuali! Kalau kau memang spesis tingkap yang tidak suka baca noticeboard masa sekolah dulu!! ekekeke. Al kisahnya, aku pun sama sebenarnya. Sangat malas memalingkan muka dan menghabiskan masa (kononnya) dan membedirikan diri (biasanya kalau mahu melihat info, kita kena berdirikan? sebab sepanjang aku hidup ni, rasanya tidak ada lagi noticeboard yang dibuat membuatkan kita boleh duduk bersantai atau sambil baring2 atas katil, sambil makan kacang atau tom yam!! ) semasa membaca info-info yang kadang-kadang ditampal dari 2 mellinium lepas lagi!!

OK! Kenapa aku menjadi rajin melawat Portal ini?. Ada laaa... rahsia! Eheks!! Tapi! kalau kau mahu tahu, kau pergilah melawat Portal ini dengan hati yang terbuka dan riang gembira. Dan kalau kau jenis tingkap seperti yang telah diterangkan di atas, maka buanglah rasa malas itu dik!! Rajin2kan dirimu! eheks!!

Sudah?. Kau sudah buka Portal SPP tu?. Apa yang kau jumpa?. Memang! Kalau mahu membuka aplikasi lain contohnya Log Masuk akaun, Daftar Permohonan Baru, Semakan Status Online, dan Informasi dalam Portal SPP tu, kita perlu guna Ie (internet explorer) untuk memaparkan data yang ada. Adoi laaa... kenapalah perlu ada birokrasi yang sebegini? Dalam alam maya pun ada ka?? Ayoyo.. Sudahlah Ie ni lembap macam siput sesat!! Melongo la aku menunggu loading (kononnya), setelah beberapa ketika, kau tahu aku jumpa apa? Kau mahu tahu? Mahu?. x boleh laa.. Rahsia! Mahu tahu? kau pergilah buka sendiri aplikasi-aplikasi yang ada tu dengan hati yang senang, riang dan gembira menggunakan Ie yang mungkin sudah berzaman kau tinggalkan atau sudah kau padam dari senarai software kau. Amat malang lah kalau begitu! Sebab! Kau masih tinggal di tanah yang masih mengamalkan birokrasi2 yang tidak bertempat ini!. ekekeke

Tajuk entri ini sepatutnya "aku amat bengang!"

* Sekali pandang, macam Portal SPP pula page aku ni. kan? Dua kali pandang, macam hantu Portal SPP pun ada! eheks!

Friday, December 4, 2009

tiba2 aku rindu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

***hijjaz***

Wednesday, December 2, 2009

apabila terkena streptococcus pneumoniae

Sebenarnya apa?
kau mahu,
terus di situ?
sendiri dalam gelas kaca
Sambil menangis saja
melihat dia,
atau mereka,
Sampai satu masa
Kau lemas!
Mati di situ!!
Lemah!! Bodoh!!
Pecahkan saja gelasnya!
Lari!!!

Tuesday, December 1, 2009

Happy Birthday!!

Pendek kata, ada azam yang telah langsai, ada azam yang perlu dikuburkan saja dan ada azam yang perlu dilanjutkan tempoh melangsaikannya. Apa2 pun, alhamdulillah.. aku masih di sini, masih dibenarkan untuk dimanusiakan dan masih diberi peluang untuk berazam untuk memanusiakan. Azam yang masih tertunggak : Menescafekan nescafe segera dan menskyjuskan nescafe. Entah bila aku akan berjaya melangsaikan azam ini. Aku cuma harap, aku berkesempatan melangsaikannnya sebelum aku tiada. Aminn