Saturday, December 19, 2009

Polemik graduan


Aku sebolehnya tidak mahu memikirkan tentang perkara ini sebelum aku benar-benar tamat pengajian. Sebab, banyak versi dan simpang cerita ini yang akhirnya hanya membawa kepada satu perkataan iaitu : Sakit hati. Tapi, semalam, setelah aku dan rakan diajak berborak mengenai perkara ini secara tidak sengaja, dan! semalam juga, aku secara peribadinya ditanya mengenai hal ini, dan diceritakan sedikit sebanyak tentang hal sebenar yang berlaku kepada kawan kepada kawan aku yang juga menjadi mangsa yang sedang sakit hati akibat perkara ini, maka aku dengan separuh rela memikirkan perkara ini dan akhirnya terfikirkan soalan : apa khabar dengan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan IPTA di negara kita umumnya, dan di kampus aku khususnya??

Setakat yang aku dengar, agak ramai graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) yang mengaji dan mengkaji pedagogi selama empat tahun di universiti dan mungkin hampir semuanya menanggung hutang PTPTN yang banyak (bagi yang tidak ditawarkan biasiswa JPA atau KPM) tidak dihantar mengajar di mana-mana sekolah kerana gagal ujian INSAK (Inventory Sahsiah Keguruan) dan temuduga!. Dan! mereka ini perlu menjalani ujian ini lagi dan lagi, selagi asa masih ada sehingga bertemu kepada satu kepastian iaitu : lulus dan mendapat penempatan!

Kemudian! setakat yang aku dengar juga, posting untuk budak2 ISMP untuk tahun 2010 (maksudnya, aku lah antara mereka) akan dibekukan untuk tempoh dua tahun. Ini ura-ura yang aku dan kawan-kawan aku dapat dari blog UPSI. Tapi! aku tidak pasti kesahihan cerita ini kerana, KPM atau mana-mana institusi tidak pula membuat pengakuan rasmi mengenai perkara ini di mana-mana media cetak atau elektronik.

Mendengar perkara-perkara ini boleh menyebabkan jantung berhenti berdegup sebelum terhempas ke dasar perut dan membusuk di situ dan mengeluarkan bau yang bersepupu dengan sakit hati, mengutuk, mencerca, bertempik debat, berbalas jeling, dan bersarang dendam antara KPM dan anak emas mereka dan graduan ISMP yang berpuluh ribu menghabiskan masa di Universiti selama 4 tahun sambil mengumpul hutang sampai berpuluh ribu dan masih boleh tersenyum dan meneruskan perjuangan dengan asa yang tinggal sedikit walaupun tidak dijamin masa depan mereka!.

Maka, terjadilah polemik antara graduan ISMP dan bukan ISMP yang ingin menjadi guru. lantaran, dalam budak2 ISMP dan graduan bukan ISMP berpolemik, maka sudah tentu isu dan point yang sering dilontarkan oleh graduan ISMP umumnya dan aku khususnya, kenapa perlu kami, budak2 ISMP diperlakukan begini?. Kenapa dianak tirikan sehingga sebegini rupa?.

Penegasan di sini, aku bukanlah anti DPLI / KPLI atau GSTT. Bukan! sekurang-kurangnya setakat ini tidak lagi. Eheks! Tapi, cuma mahu memberi pendapat di sini. Pendapat yang mungkin menzabad kesukaan kau berkawan dengan aku, atau juga menimbulkan marah kau kepada pihak-pihak tertentu, atau kedua-duanya.

Kenapa GSTT (guru sandaran tidak terlatih) , KPLI diwujudkan satu waktu dahulu dan kemudian ditambah pula dengan DPLI dewasa ini?. Jawapannya hanya satu : ingin menampung kekurangan guru yang berlaku di negara kita. Sekarang, setelah berlakunya lambakan guru, maka apa perlunya lagi program ini?. Kemudian, apabila heboh cerita pengambilan KPLI/DPLI ditiadakan, bagai diragut nyawa dan mendesak diwujudkan peluang kedua dengan bersandarkan kepada kenyataan : kami amat berminat menjadi guru. Betul! tidak dinafikan. Dan, kau tidak bersalah untuk meminta. Tidak!. Mintalah apa saja.

Anda GSTT?. Inginkan hak diserapkan menjadi guru tetap atau anda graduan DPLI/KPLI?. Meminta peluang kedua apabila hak anda ditiadakan?.

Walau siapapun kau, kau sesunguhnya tidak bersalah untuk meminta!. Mintalah apa saja. Tetapi, sebagai insan yang punya perasaan, berakal dan berpendidikan. Maka, tentu kau faham perasaan kami. Kami, budak2 ISMP tidak banyak meminta. Cuma satu, satu saja. Satu yang sememangnya layak untuk kami minta. Meminta setelah ditempatkan di sini, belajar pedagogi selama 4 tahun, berhutang berpuluh ribu kerana ini. Jadi, kami hanya meminta ruang untuk difahami perasaannya. Diselami kedukaannya. Diambil kisah kekecewaannya. Kami tidak minta elaun seperti yang kau dan mereka berikan kepada budak2 DPLI/KPLI, jauh sekali kami meminta untuk disingkatkan tempoh pengajian sehingga setahun saja menjalani kursus perguruan, sudah dihantar mengajar di sekolah tanpa banyak tapisan. Kami juga (sekurang-kurangnya aku) tidak terlintas untuk marah kepada mereka kerana begitu mudah menjadi guru walaupun kesal itu tetap ada.

*Kau yang waras mesti tahu dan faham bagaimana rasanya jika kau kini berdiri sebagai budak ISMP!

No comments:

Post a Comment