Saturday, December 19, 2009

Salam maal hijrah

Tahu apa? Aku tidak suka berurusan dengan orang, sebab selalunya aku yang akan mengalah!. Iklan~

Berlalu 1 lagi tahun hijrah. kan?. Banyak betul perkara yang sepatutnya aku buat tahun hijrah yg lepas, tetapi akhirnya jatuh satu persatu dalam perjalanan aku sampai ke hari ini. Banyak!!! Sampai aku x mampu untuk mengutipnya satu persatu! Dan! Mustahil aku dapat kutip balik, satu persatu, letak atas bahu aku yang memang sudah banyak memikul beban ni, sebab kau dan aku tahu dan amat faham, lepas pukul 5, bukan pukul 4! Kemudian, banyak juga perkara-perkara sampah yang tidak sepatutnya aku kutip sepanjang perjalanan, tetapi aku kutip! Aku lupa kenapa! seperti biasa, lupa merupakan fitrah manusia!. dan manusia itu ialah AKU!.

Tahun hijrah ini, spesifiknya lagi, tahun 1431 hijrah ini, juga seperti biasa, atau mungkin juga seperti kau, aku juga mahu menjadi yang lebih baik dari tahun lepas. Songsang namanya kalau aku mahu menjadi lebih jahat dari sebelum ini kerana fitrah manusia sekali lagi, sentiasa menginginkan sesuatu yg lebih baik, seterusnya terbaik dan akhir yang tidak akan mungkin terjadi tetapi sering dilaparkan oleh kau dan aku yang bergelar manusia ini ialah SEMPURNA. Kau dan aku, selagi kita bergelar manusia, spesifik lagi, manusia biasa yang selalu buat dosa, tetapi lapar dan dahagakan SEMPURNA ini, walaupun pernyataan ini agak provokasi dan klise, tapi jauh dari bohong, inilah hakikatnya, SEMPURNA itu milikNya.

Tapi, walau apa pun aku, selagi aku diberi nafas, aku hanya berharap, aku masih boleh bertahan hidup di dalam lingkungan masyarakat yang pelbagai jenis sikapnya ini, untuk setahun ini lagi, sebelum aku diberi peluang sekali lagi untuk berharap seperti ini pada tahun hijrah akan datang. Salam maal hijrah. Maaf, agak terlambat. hehe

No comments:

Post a Comment