Showing posts with label Untuk Kau?. Show all posts
Showing posts with label Untuk Kau?. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

oo00oo

Kau, kalau mahu selamat, berhenti daripada menjadi bodoh dan mulalah berfikir menggunakan akal yang diberikan oleh Allah itu. Sebab, kalau 1 minit dari sekarang, Allah tarik balik nikmat akal yang diberikanNya kepada kau itu sebab kau tidak menggunakan akal itu untuk beriman kepadaNYA, maka, kekallah kau di situ dan begitu.

oo00oo

Thursday, January 6, 2011

Jangan salah pilih...

Aku selalu kata kepada diri aku sendiri, juga kepada orang-orang sekeliling aku yang tiba-tiba meluahkan perasaan sakit hati mereka atas perkara-perkara buruk yang terjadi ke atas mereka selepas mengambil satu keputusan. Sudah tentu keputusan itu keputusan mereka sendiri. Aku kata : “hidup ini ada banyak pilihan..” Betul?

Hal ini bermakna, sebelum kau tersakit hati secara tiba-tiba disebabkan oleh keputusan yang KAU ambil itu, kau kena akui, kau sebenarnya ada banyak pilihan, dan! Salah satu pilihan yang ada ialah dengan TIDAK memilih pilihan yang kau ambil sekarang ini. Betul?

Tapi, Oleh sebab kau sudah terlanjur memilih pilihan kau sekarang ini, yang menyebabkan kau dengan secara tiba-tibanya menjerit tidak puas hati, meraung memaki diri atau menyesali pilihan yang kau pilih sendiri itu, aku nasihatkan (maaf, aku sedar, kau sekarang bukan perlukan nasihat, tapi bacalah ini sebagai satu kata-kata daripada Barrack Obama yang kau sanjung tinggi itu), Terimalah pilihan kau itu seadaanya. Cubalah terima kenyataan yang kau sudah memilih pilihan itu dan cubalah untuk hidup aman damai dengan pilihan YANG KAU BUAT ITU! Jangan menjerit di depan aku, dia dan mereka. Kami tidak bersalah dengan pilihan kau itu!

Wednesday, January 5, 2011

Siapa kata jadi cikgu tu senang??

Sudah 3 hari bekerja. Masuk ke kelas untuk relief kelas. Relief sahaja. Sebab, aku dan rakan-rakan guru yang baru melapor diri pada 22 november lalu belum mendapat jadual mengajar lagi. Best?. Tidak. Malah sangat menyusahkan sebab kami berpotensi untuk masuk ke semua kelas. Sudah nama pun jadi guru relief... Kalau sudah ada jadual sendiri, kurang sikitlah masa untuk kerja "membuang masa" di kelas. Dan, kurang sikit rasa sakit hati dan sakit tekak kalau tiba-tiba diarahkan untuk menjaga kelas hujung. Macam tadi.
Aku masuk kelas G, terpaksa. Sebab, itu kelas aku. To be accurate, kelas sementara aku. Maknanya, aku menjadi guru kelas mereka. Haduh! Sakit jiwa raga. Pening kepala tahap intoxicated!. Itulah kelas hujung yang paling huduh perangainya sepanjang 3 hari aku di sini. Kenapalah aku jadi guru kelas G tu... dugaan betul. Lagi dugaan kalau tiba-tiba aku diarahkan untuk mengajar kelas itu. Naudzubillah... (jahat x jahat aku ni?). Eheks!
Siapa kata jadi cikgu tu senang??

Monday, January 3, 2011

Dengar!

Hari pertama bekerja secara rasminya sebagai guru. Macam mimpi. Jumpa balik para pelajar. berceritera di hadapan mereka. Bercakap di hadapan mereka, mereka yang memberi perhatian (sekurang-kurangnya setakat ini) rasa bahagia. Rasa dihargai. Rasa didengari. wahh!! best! Kali ni, biar aku bercakap sampai tercabut anak tekak. Kau duduk diam-diam. Dengar!

Sunday, January 2, 2011

Sahabat : belajarlah mendengar..

Sudah!. Berhenti dari berkata "biasalah, semua benda ada permulaannya". Itu klise. dan benda2 yang klise ini amat membosankan! Noktah.
Benar. Setiap perkara perlu ada permulaannya, tiada ruang dalam kepala otak aku yang masih waras ini untuk menidakkan hakikat ini. Malah, aku percaya, jika aku tidak berani mengambil langkah permulaan itu, maka aku tidak akan ke mana-mana. Masih di situ. Membazirkan otak dan nafas yg Allah bagi free ini sewenang-wenangnya.
OK. Aku mengaku dengan sesungguhnya bahawa "kau betul". Sudah, cukup. Sekarang, pergilah kau menyebarkan kata-kata itu kepada orang lain. Tapi ingat satu perkara, "jangan sesekali memberi nasihat kepada mereka yang tidak perlukan nasihat".
Kau tahu apa yang membezakan kau dengan dinding? Tahu kenapa kadang-kadang aku lebih suka berbicara dengan dinding yang mati itu? Sebab, sekurang-kurangnya dinding itu membenarkan aku bercakap. Menyebabkan aku rasa didengari. Kau tidak tahu! Sebab kau tidak pernah cuba untuk mengetahui rasa itu. Rasa muak! Muak mendengar kau bercakap!
P/s : Sahabat, belajarlah mendengar..

Thursday, September 16, 2010

mengarut! hahah

Hidup ni ada fasa2nya. Kan?

Fasa 1 : Fasa bahagia
umur 0 bulan - 4 tahun : Memang x faham langsung apa tu hidup. Mengurus kehidupan sendiri jauh sekali!

Fasa 2 : Fasa belajar
i) umur 4 tahun - 12 tahun - sekolah rendah : Masih kabur2 tentang hidup tapi tahu yang dia hidup. hahah. akhir sekolah rendah (10-12 tahun), mula kenal cinta. (budak2 sekarang)
ii) umur - 13-19 tahun - sekolah menengah/ matrik : all out! mahu berjaya, mahu bercinta, mahu bebas, mahu disayangi, mula memberontak bila mak bapa tegur, mula mengenal malu, mula mahu mengenal Tuhan. Pendek kata, baru mula berjinak2 dengan kehidupan.
iii) umur 20- 24/25/26/27.....~ tahun ke atas - yang bernasib baik akan ke universiti. Belajar lagi, bercinta lagi, mula matang memikirkan kehidupan tapi masih belum dapat memahami, apa itu kehidupan

Fasa 3 : Fasa lepas belajar

Atau dalam kata lain, fasa menganggur macam aku. hahaha. dalam fasa ni, mula merancang kehidupan walaupun masih belum betul2 faham apa itu kehidupan. Dalam fasa ini juga, orang sekeliling menjadi semakn prihatin tentang kita. Soalan2 yang sering ditanya ialah :

1. Buat apa sekarang?
2. Bila akan mula bekerja? dan tidak kurang juga yang akan memberi nasihat agar kita menjadi lebih bijak mencari peluang. Pada masa ini, aku biasanya akan berkata berdasarkan egoku "terima kasih"... sambil senyum.

Rakan-rakan pula akan suka bertanya, bila lagi mahu terjebak dalam hidup berdua? Dan, aku akan mula menjelaskan jenis2 wanita( memandangkan aku wanita) di dunia ini yang perlu mereka ketahui sebagai menjawab soalan itu.

jenis wanita yang pertama ialah wanita yang manja, dan agak berani. Mereka ini sangat mudah mendapat kawan, dan kekasih. Maka, jenis wanita ini tidak bermasalah untuk menamatkan zaman bujang sebab mereka easy going.

jenis wanita yang kedua wanita melayu terakhir yang diimpikan oleh lelaki sebagai calon isteri paling ideal sebab mereka ini pandai memasak, pandai mengurus rumah... pendek kata, pandai dalam segala macam hal yang bersifatkewanitaan. Maka, mereka ini juga seperti tadi, tidak bermasalah untuk mencari teman.

Jenis wanita yang ketiga ialah wanita yang berjaya daripada segala segi. Mereka indipendent, dan berjaya dalam hidup. Mereka pandai memasak dan juga mengurus anak. Pendek kata, walau dicampak ke tanah tandus atau ke lautan luas, mereka boleh hidup. LUCKY. GIFTED.

Jenis wanita yang keempat ialah wanita yang sporty. Lasak. Pendek kata, mereka ini boleh diajak bercakap pasak bola, pasal syarikat2 kereta atau syarikat2 elektronik. Kalau setakat disuruh menyenaraikan 10 pemain bola dunia, NO Hal punya! dan, mereka ini juga mudah mendapat teman sebab ramai lelaki skg telah yang suka kepada jenis wanita seperti ini.

DAN! jenis wanita yang kelima ialah wanita yang macam aku. Hahah! Indipendent tapi tidak terlalu berjaya, boleh memasak tapi tidak sesedap mana, boleh menjaga budak, tapi tidak sesabar mana, telah menyediakan plan hidup, tapi masih belum mampu melaksanakannya, ada impian,tapi perlu ditangguhkan untuk melangsaikan tanggungjawab kepada keluarga. Jenis wanita seperti aku ini, masih belum boleh untuk memkirkan hal kebajikan diri sendiri. Dan, oleh sebab itu, jenis wanita seperti ini sukar mendapat teman kerana sama ada mereka dalam golongan ini berfikir, belum tiba masanya atau kaum adam takut untuk mendekati mereka kerana takut sebab wanita dalam golongan ini boleh membaca fikiran melalui tindakan yang ditunjukkan. Kiranya... deria keenam yang lahir daripada berfikir dan pemerhatian mereka tentang kehidupan. hahaha.

P/s : Hidup ini akan lebih bahagia kalau aku ditakdirkan untuk benar2 faham tentang erti sebenar KEHIDUPAN. hahah

Sunday, March 7, 2010

Kerana aku sayang


Entri ini ditulis refleks daripada fenomena krisis persahabatan yang berlaku dalam kalangan mereka yang aku kisah dan amat kasih. Iklan~

Kurang bijak namanya apabila kau sudah mulakan sesuatu, kemudian kau berhenti di tengah jalan hanya disebabkan oleh satu halangan yang bukan apa-apa jika dibandingkan dengan masa kau yang banyak terbuang untuk memulakan apa yang kau telah mulakan itu. Betul? Begitu juga, kurang rasional namanya jika kau lepaskan apa yang telah kau pegang kukuh dalam genggaman tangan kau hanya kerana seekor semut merah yang mengigit tangan kau. Dan! Kurang asam namanya jika kau putuskan hubungan dengan seorang sahabat yang telah kau kenal rapat lagi amat kasih hanya kerana dia terlepas cakap!!.

Aku tidak tahu kalau kau, tapi aku, aku bukannya seorang yang mudah mendapat kawan dan boleh menjadi rapat dengan orang, tapi apabila aku sudah berkawan maka pantang besar bagi aku untuk menyakitkan hati apatah lagi untuk memutuskan persahabatan dengannya. Bukan mudah menjalin persahabatan. Dalam proses bersahabat, perlukan masa berbulan untuk saling kenal, dan bertahun untuk saling faham. Angka bulan dan tahun itu bukan tempoh yang sedikit. Jadi, bukankah namanya pembaziran masa jika hanya kerana masalah kecil, lantas kau boleh ketepikan masa berbulan atau bertahun kau mengenalinya sebagai sahabat?.

Kalau begitu mudah bagi kau untuk melepaskan seorang sahabat, maka janganlah berangan untuk menjalinkan persahabatan. Janganlah cuba untuk memulakan persahabatan. Membazir saja!!.

Monday, March 1, 2010

tepat vs paling tepat

Escapetisme. Lari dari kenyataan. Ponteng. Semua leksikal ini sejenis. Semaksud. Sefungsi. Semuanya membawa kepada keadaan lega yang sebentar. Sementara. Sekejap. Tapi, walaupun sebentar. Meskipun sekejap. Sekurang-kurangnya, masih ada jalan untuk kita atau mungkin juga mereka untuk lari sebentar dari kenyataan. Kenyataan yang lazimnya menyakitkan. Kenyataan yang biasanya berakhir dengan tragedi. Tragedi yang akhirnya menampal parut-parut di dasar hati. Menambahkan lagi bilangan parut yang sedia ada. Himpinan parut yang kadang kala cukup kuat untuk membiulkan otak. Cukup sifat untuk membejatkan akal. Tapi, benarkah?? cukup bijakkah pilihan itu??

Hakikatnya, walau apapun keadaannya, bagaimanapun kau mahu lari dari kenyataan, hakikatnya kenyataan itu masih ada. Teguh di situ. Mungkin kau boleh tidur untuk lari sekejap dari kenyataan. Mungkin kau boleh memasang headfon sehingga memecahkan gegendang telinga atau mungkin kau boleh membuat vandalisme. Tapi dengan kau tidur, mendengar muzik hingga pecah kepala atau kau rosakkan apa atau sesiapa pun itu, semua itu bukan bermakna kau melenyapkan kenyataan terus. Kau hanya melambatkan kenyataan itu berlalu dan ianya sebenarnya lebih menyakitkan!!

*dengan ini, aku mengaku, aku sebenarnya sedang memilih sebuah pilihan yang salah.

Sunday, February 14, 2010

itu kau punya hal

OK! Secara logiknya, mengikut akal manusia kau, kalau kau dituduh dengan sesuatu yang bukan kau buat, kemudian dihukum dengan seteruk-teruk hukuman atas perkara yang sumpah! bukan kau buat. Sebagai manusia biasa : apa yang kau rasa??

Kalau aku secara peribadinya, pasti aku marah! Kerana ini merupakan sifat semulajadi manusia. Kenapa perlu marah? Sebab aku, kau dan mereka tidak berhak menghukum dan menghakimi orang sesuka hati. Betul!. Memang betul hati, otak, kepala, mulut, mata tu kau punya. Kau mahu terlungkup, terngadah, tertimbus, atau mati disebabkan keceluparan dan keterlanjuran hati, otak, kepala, mulut dan mata kau tu, itu kau punya hal. Kau tidak bersalah kalaupun kau mahu berhati busuk, berotak udang, berkepala lutut, bermulut murai, dan bermata tapi buta seumur hidup. Tanyalah mana-mana mahkamah pun. Rujuklah mana-mana undang-undang sekali pun. Kau tidak bersalah kalau kau memilih untuk menjadi penjahat. TAPI! Kau perlu menerima hakikat bahawa kau akan dilabel bersalah JIKA! dan HANYA JIKA dengan keputusan kau menjadi jahat itu akan menyebabkan ORANG LAIN yang tidak bersalah mendapat tempiasnya!

Tuesday, December 22, 2009

Entah!


Apalah? Manusia apa yang hidup tanpa menyimpan sebarang memori?. Hantu?. Jadi normal istilahnya kalau kau masih teringat! atau mengingat dengan sengaja kerana kau manusia. Jadi, janganlah kau hantukkan kepalamu ke dinding apabila tiba-tiba kau masih teringat perkara yang telah kau persetujui untuk dilupakan saja. Atau kau tiba-tiba berfantasi sebaliknya untuk perkara-perkara yang telah berabad kau kesali kewujudannya!

Adakah ini satu lagi saranan dan kenyataan membela diri? atau ini merupakan satu lagi saranan dan kenyataan berani mati?? Entah!

Saturday, December 19, 2009

Salam maal hijrah

Tahu apa? Aku tidak suka berurusan dengan orang, sebab selalunya aku yang akan mengalah!. Iklan~

Berlalu 1 lagi tahun hijrah. kan?. Banyak betul perkara yang sepatutnya aku buat tahun hijrah yg lepas, tetapi akhirnya jatuh satu persatu dalam perjalanan aku sampai ke hari ini. Banyak!!! Sampai aku x mampu untuk mengutipnya satu persatu! Dan! Mustahil aku dapat kutip balik, satu persatu, letak atas bahu aku yang memang sudah banyak memikul beban ni, sebab kau dan aku tahu dan amat faham, lepas pukul 5, bukan pukul 4! Kemudian, banyak juga perkara-perkara sampah yang tidak sepatutnya aku kutip sepanjang perjalanan, tetapi aku kutip! Aku lupa kenapa! seperti biasa, lupa merupakan fitrah manusia!. dan manusia itu ialah AKU!.

Tahun hijrah ini, spesifiknya lagi, tahun 1431 hijrah ini, juga seperti biasa, atau mungkin juga seperti kau, aku juga mahu menjadi yang lebih baik dari tahun lepas. Songsang namanya kalau aku mahu menjadi lebih jahat dari sebelum ini kerana fitrah manusia sekali lagi, sentiasa menginginkan sesuatu yg lebih baik, seterusnya terbaik dan akhir yang tidak akan mungkin terjadi tetapi sering dilaparkan oleh kau dan aku yang bergelar manusia ini ialah SEMPURNA. Kau dan aku, selagi kita bergelar manusia, spesifik lagi, manusia biasa yang selalu buat dosa, tetapi lapar dan dahagakan SEMPURNA ini, walaupun pernyataan ini agak provokasi dan klise, tapi jauh dari bohong, inilah hakikatnya, SEMPURNA itu milikNya.

Tapi, walau apa pun aku, selagi aku diberi nafas, aku hanya berharap, aku masih boleh bertahan hidup di dalam lingkungan masyarakat yang pelbagai jenis sikapnya ini, untuk setahun ini lagi, sebelum aku diberi peluang sekali lagi untuk berharap seperti ini pada tahun hijrah akan datang. Salam maal hijrah. Maaf, agak terlambat. hehe

Wednesday, December 2, 2009

apabila terkena streptococcus pneumoniae

Sebenarnya apa?
kau mahu,
terus di situ?
sendiri dalam gelas kaca
Sambil menangis saja
melihat dia,
atau mereka,
Sampai satu masa
Kau lemas!
Mati di situ!!
Lemah!! Bodoh!!
Pecahkan saja gelasnya!
Lari!!!

Thursday, November 26, 2009

Esok raya!!!

Yah!! Esok raya!! (sambil cuba menghayati alunan takbir raya yang baru aku muat turun dan terus mainkan di laptop aku yang sudah usang ni. eheks!!). Aku sebenarnya baru terjumpa satu laman web (org melayu) yang menyediakan banyak movie dan mp3 yang boleh didownload secara free dan sangat mudah!! whoaaa!! Kau mahu tahu??. Boleh!! Tapi tunggu sampai mellinium depan! ekekeke - iklan~

Esok raya!! hehe. Apa perasaan kau? Haha! Mungkin kau sedang bergembira di rumah sekarang ni. Mengisi ketupat, memasak rendang, mengacau dodol.. kan? kan?. Aku pula sibuk di depan laptop aku yang usang ini meneka apa yang kau sedang buat pada malam raya ini. Jadi, pendapat kau, apa perasaan aku sekarang? Eheks!!

Yah!! Aku di sini, di depan laptop aku yang usang ini, menulis, mendengar takbir, mendownload movie yang akan ditonton esok selepas mengerjakan solat sunat hari raya aidiladha! Huhu. Aku bukan seperti kau yang berada di rumah dan menyambut hari raya bersama keluarga, jadi tidak ada istilah berkunjung dan dikunjungi dalam diari hari raya aku esok dan! apa yang pasti, tidak ada istilah mengacau dodol, memasak rendang dan merebus ketupat dalam diari raya aku malam ini!. Seperti tadi, aku hanya duduk menghadap laptop dan sekali sekala menjenguk tingkap sebab tumpuan diganggu oleh angin sepoi2 yang meniup langsir bilik dan menutup laptop aku yang usang ini. Eheks!!

Kau yang beraya bersama keluarga, selamat hari raya aidiladha!!!
Kau yang beraya tanpa keluarga, selamat hari raya aidiladha dan jangan bersedih!
Kau yang beraya bersama aku, jom tengok movie lepas solat sunat esok!!! hahaha!!

Selamat hari raya semua...



Wednesday, November 25, 2009

setianya si bayang-bayang


Kau pernah nampak bayang-bayang?. Kalau kau katakan 'tidak', maka lebih baik kau hantukkan kepala kau ke dinding sebab dikhuatiri, kau ialah hantu!!. dan hentikan membaca entri ini kerana, entri ini hanya untuk mereka yang bergelar manusia. Eheks!!

Kau masih membaca?. ok2!!. Oleh sebab kau masih membaca, maka aku anggap kau ialah manusia. OK?. Apa itu bayang2?. Menurut wikipedia, bayang-bayang ialah imej yang terbentuk apabila cahaya terhalang sesuatu. Bayang-bayang tidak boleh digenggam, hanya boleh dilihat. Sifatnya pula tidak sesempurna objek yang menjadi bayang-bayang itu sendiri!.

Oleh sebab sifatnya yang tidak sempurna (mungkin) atau lagi tepat, ianya langsung tidak penting dalam perkembangan kau sebagai manusia, dan perkembangan negara dalam peradaban dunia!, justeru, tidak ramai yang mengambil kisah tentang bayang-bayang itu. Buktinya, kau sendiri. Ada kau pernah kisah tentang bagaimana rupa bentuk bayang-bayang kau?. Kalau kau duduk begini, bagaimana rupa bentuk bayang-bayang kau. Tidak pernah kan? kan? Malah, kadang-kadang kau cuba pula memijak bayang-bayang kau sendiri!! Dalam kata lain, bolehlah dikatakan bahawa bayang-bayang ini 'ada' tapi 'hilang dari kewujudan' kemudian cuba pula disakiti oleh objek yang bertanggungjawab mewujudkannya. Eheks!!

Tapi, tanpa kau sedar, bayang-bayang itulah yang sering menemani kau. Mengikut kau ke mana-mana. Walaupun kau tidak pernah terfikir pun tentangnya!!. Cuma kadang-kadang, apabila keadaan tidak mengizinkan, ia tiada! Ketika itulah kau mula gelisah!! Namun, bukan gelisah tentangnya, tetapi gelisah kerana tiada cahaya yang dapat mewujudkannya. Walaupun kau tidak pernah memikirkannya, namun dia tetap setia!! Yah!! dia setia! walau kau tidak pernah memikirkan tentangnya!!

Kau masih membaca?? Kau faham?? Kalau kau faham, mungkin kau ialah hantu!. Hehe


Thursday, November 19, 2009

Pulangkan!!


Pada mulanya, aku ingin berkongsi dengan kau pasal undang-undang, tapi!! tiba-tiba emosi aku diganggu oleh seorang makhluk Tuhan yang sering mengganggu emosi aku dari millenium lepas!! Dia seperti nyamuk. Menghampiri, mengganggu, menggigit dan kemudian berlalu pergi! Tentunya setelah mengambil eritrosit aku yang amat penting untuk pengaliran oksigen!!! Akibatnya, seluruh sendi aku lemah kerana sel darah merah yang sepatutnya membawa oksigen ke seluruh saraf dan sendi telah dia curi dan bawa lari!! Aku sesak nafas!! Sungguh kejam pencuri itu!! Kejam!! ~ Iklan...


Tuesday, November 17, 2009

Bukan salah kau memandang



Kadang-kadang, aku hairan kenapa?
Tentunya mengenai sikap manusia yang ada di sekeliling aku.
Aku hidup dengan mereka dan mereka itu ialah manusia.

Sepanjang hidup ini,
Aku tidak pernah kata aku sempurna. Tidak!! Tidak pernah!!
Aku tidak pernah kata aku warak. Tidak!! Tidak pernah!!
Aku tidak pernah kata aku alim. Tidak!! Tidak pernah!!
Malah, aku tidak pernah meminta kau untuk menilai aku. Tidak!! Tidak pernah!!

Justeru kenapa?
Apabila aku tersilap, lantas kau melenting?
Apabila aku terlupa, kau kata aku alim yang tidak tahu?
Apabila aku berjenaka, kau kata aku warak yang mengada-ngada?
Apabila aku bergembira, kau kata aku ntah apa-apa?
Tapi, apabila aku berduka, kau tak pernah ambil tahu kenapa!!

Aku hargai kesudian kau memandang aku,
Tapi, bukan dengan memandang aku setinggi gunung Kinabalu,
Cukuplah sekadar separas rumput di padang,
Sebab sebenarnya,
Aku tidak pernah meminta kau untuk memandang aku. Tidak pernah!!

Wednesday, October 14, 2009

Kau


Rington hpku berbunyi tiba2.. entah kenapa, hatiku baran apabila melihat gerangan yang menhantar sms itu. Aku pun x ingin hatiku sakit tiap kali sesuatu itu mambabitkanmu, aku x ingin dingin apabila berdampingan denganmu, aku juga ingin kita mesra seperti dulu, xda sakit hati.

Aku ingin sekali kembali seperti dulu. Tapi, aku juga manusia biasa, punya hati dan perasaan. Masih aku ingat, tatkala melihat mesej yang kau hantar kepada entah siapa, namun tersesat ke inbox seorang lagi sahabatku. Mesej yang dalamnya mengata pasal aku. Betapa hancur luluhnya hatiku, betapa pilunya perasaanku. Dan kau, dengan selambanya menegur aku, pada malam itu, dengan senyuman, dengan gelak ketawa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Betapa sakit jiwaku ketika itu. Setelah kau mengata aku dibelakangku, kemudian kau berbuat baik di hadapanku pula. Manusia apakan yan boleh menerima fenomena songsang sebegitu? Katakan padaku. Dan, masihku ingat, pada masa itu, aku menangis dalam solatku. Menangis dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Kemudian, aku terfikir, kenapa aku merasa begitu derita ketika itu? Bukan aku tidak pernah mengalami keadaan sebegitu, dalam kalangan kawan-kawanku juga. Seawal usiaku 15 tahun, juga masihku ingat seorang kawanku pernah menyindirku, ketika aku mendapat tempat pertama di dalam kelas. Katanya "menjadi orag yang bodoh dalam kalangan orang yang pandai lebih baik daripada menjadi orang yang pandai dalam kalangan orang yang bodoh". Lebih kurang macam gitu la kata-kata kawanku itu. Betapa pedihnya sindiran itu. Namun, pada masa itu, tahu apa reaksiku? Aku tersenyum kepadanya. Entahla kenapa? Apakah pada masa itu, aku belum memahami apakah itu erti disakiti kawan sendiri? Atau, apakah pada masa itu aku terlalu innocent untuk membalas sindirannya?

Lantas, selepas saat dan ketika itu, aku masih boleh bersahabat dengannya, aku malah menanam jauh di dalam lubuk hatiku bahawa dialah teman sejatiku. Teman sejatiku kerana mempunyai kekuatan untuk memberi motivasi belajar kepadaku dalam corak yang sangat unik. Walaupun aku xtahu apakah motifnya ketika itu, namun aku berterima kasih kepadanya kerana, atas kata-katanya itu, aku lebih bermotivasi untuk mencapai kejayaan. Dan akhirnya, aku mendapat keputusan yang bukanlah cemerlang sangat, tapi aku berpuas hati. Alhamdulillah... Tapi kini, ketika aku sudah matang untuk menimbangkan baik buruknya sesuatu tindakan, lantas aku gagal mengawal emosiku ketika berhadapan denganmu.

Mungkin kerana aku telah menganggap kau penting dalam hidupku, dan aku telah meletakkan sepenuh kepercayaanku kepadamu. Lantas, apabila kau melakukan sesuatu yang diluar jangkaanku, justeru, aku tidak dapat menerimanya. Aku sedar dengan sesungguhnya, betapa kejamnya kerana sukar memadamkan memori itu. Tapi, berilah masa kepadaku. Biar masa mengubat luka ini. Sesungguhnya, jauh dilubuk hatiku, aku telah lama memaafkanmu. Cuma, kata orang sesuatu yang telah pecah itu, walau sedaya upaya kita membaikinya, kesan calarnya masih tetap kelihatan. Maafkan aku sahabatku. Semoga ikatan persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat. Ukhuah fillah abadan abada.