Wednesday, November 25, 2009

setianya si bayang-bayang


Kau pernah nampak bayang-bayang?. Kalau kau katakan 'tidak', maka lebih baik kau hantukkan kepala kau ke dinding sebab dikhuatiri, kau ialah hantu!!. dan hentikan membaca entri ini kerana, entri ini hanya untuk mereka yang bergelar manusia. Eheks!!

Kau masih membaca?. ok2!!. Oleh sebab kau masih membaca, maka aku anggap kau ialah manusia. OK?. Apa itu bayang2?. Menurut wikipedia, bayang-bayang ialah imej yang terbentuk apabila cahaya terhalang sesuatu. Bayang-bayang tidak boleh digenggam, hanya boleh dilihat. Sifatnya pula tidak sesempurna objek yang menjadi bayang-bayang itu sendiri!.

Oleh sebab sifatnya yang tidak sempurna (mungkin) atau lagi tepat, ianya langsung tidak penting dalam perkembangan kau sebagai manusia, dan perkembangan negara dalam peradaban dunia!, justeru, tidak ramai yang mengambil kisah tentang bayang-bayang itu. Buktinya, kau sendiri. Ada kau pernah kisah tentang bagaimana rupa bentuk bayang-bayang kau?. Kalau kau duduk begini, bagaimana rupa bentuk bayang-bayang kau. Tidak pernah kan? kan? Malah, kadang-kadang kau cuba pula memijak bayang-bayang kau sendiri!! Dalam kata lain, bolehlah dikatakan bahawa bayang-bayang ini 'ada' tapi 'hilang dari kewujudan' kemudian cuba pula disakiti oleh objek yang bertanggungjawab mewujudkannya. Eheks!!

Tapi, tanpa kau sedar, bayang-bayang itulah yang sering menemani kau. Mengikut kau ke mana-mana. Walaupun kau tidak pernah terfikir pun tentangnya!!. Cuma kadang-kadang, apabila keadaan tidak mengizinkan, ia tiada! Ketika itulah kau mula gelisah!! Namun, bukan gelisah tentangnya, tetapi gelisah kerana tiada cahaya yang dapat mewujudkannya. Walaupun kau tidak pernah memikirkannya, namun dia tetap setia!! Yah!! dia setia! walau kau tidak pernah memikirkan tentangnya!!

Kau masih membaca?? Kau faham?? Kalau kau faham, mungkin kau ialah hantu!. Hehe


2 comments:

  1. tak paham la.
    takpe..nanti saya cuba baa entry ni berulang2 kali.
    hehe..tp sy bukan hantu!hehe

    ReplyDelete
  2. hehe..
    xpe2. baca lagi. ulang baca sampai millenium depan pun xpe. Usaha Tangga Kejayaan (tiba2). hehehe

    ReplyDelete