Sunday, March 7, 2010

Kerana aku sayang


Entri ini ditulis refleks daripada fenomena krisis persahabatan yang berlaku dalam kalangan mereka yang aku kisah dan amat kasih. Iklan~

Kurang bijak namanya apabila kau sudah mulakan sesuatu, kemudian kau berhenti di tengah jalan hanya disebabkan oleh satu halangan yang bukan apa-apa jika dibandingkan dengan masa kau yang banyak terbuang untuk memulakan apa yang kau telah mulakan itu. Betul? Begitu juga, kurang rasional namanya jika kau lepaskan apa yang telah kau pegang kukuh dalam genggaman tangan kau hanya kerana seekor semut merah yang mengigit tangan kau. Dan! Kurang asam namanya jika kau putuskan hubungan dengan seorang sahabat yang telah kau kenal rapat lagi amat kasih hanya kerana dia terlepas cakap!!.

Aku tidak tahu kalau kau, tapi aku, aku bukannya seorang yang mudah mendapat kawan dan boleh menjadi rapat dengan orang, tapi apabila aku sudah berkawan maka pantang besar bagi aku untuk menyakitkan hati apatah lagi untuk memutuskan persahabatan dengannya. Bukan mudah menjalin persahabatan. Dalam proses bersahabat, perlukan masa berbulan untuk saling kenal, dan bertahun untuk saling faham. Angka bulan dan tahun itu bukan tempoh yang sedikit. Jadi, bukankah namanya pembaziran masa jika hanya kerana masalah kecil, lantas kau boleh ketepikan masa berbulan atau bertahun kau mengenalinya sebagai sahabat?.

Kalau begitu mudah bagi kau untuk melepaskan seorang sahabat, maka janganlah berangan untuk menjalinkan persahabatan. Janganlah cuba untuk memulakan persahabatan. Membazir saja!!.

No comments:

Post a Comment