Saturday, March 13, 2010

tulis -> menulis -> tulisan



Sebenarnya, komputer ni established tahun bila? Wikipedia kata, komputer elektronik moden ni mula berkembang sejak tahun 1942. Hurm... tapi apa yang aku pasti, aku mula mengenal komputer semasa aku sekolah rendah dan mula berjinak-jinak dengan teknologi ini apabila naik tingkatan satu... Itu pun komputer sekolah. Sebab, komputer masih menjadi benda ajaib dalam kalangan masyarakat sekitar aku pada masa itu dan mereka yang memiliki komputer boleh dianggap hebat!. Masa itu juga, mesin taip masih digunakan secara meluas dan mesin taip yang selalu aku kacau ialah mesin taip Puan Rosnah : pembantu warden di hostel aku suatu ketika dahulu. Itu pun secara curi-curi. Hahaha. Jadi, al kisahnya, seawal tahun 1999, aku sudah tahu terdapat cara lain selain Tulis Tangan untuk menulis iaitu dengan menggunakan mesin taip.

Sekarang, penggunaan komputer sudah semakin meluas. Malah! mereka yang tidak memiliki komputer boleh pula dianggap pelik dan kuno?. Kemudian, guru-guru juga boleh dianggap mengajar dengan tidak berkesan jika tidak menggunakan elemen2 teknologi dalam pengajaran mereka seperti aplikasi yang terdapat dalam komputer seperti Power Point, Internet, audio-visual dan sebagainya sebab terdapat testimoni yang menujukkan penggunaan teknologi dan anak-anaknya ini (audio-visual misalnya) dalam pengajaran akan memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu topik yang diajarkan.

Secara individunya pula, seseorang khususnya mereka yang berumur 8 hingga 50 tahun yang tidak menguasai komputer dengan baik, atau sekurang-kurangnya aplikasi-aplikasi asas komputer seperti menggunakan MS Word, Internet dan sebagainya ini mungkin akan dianggap super kuno. Mungkin, boleh dianalogikan seperti terperangkap di gua dan gua itu pula terletak di tengah bumi. hehehe...

OK! berbalik kepada isu asal. Seperti yang sudah dibincangkan, kalau dahulu iaitu lewat tahun 90-an, kita biasanya menulis untuk apa-apa sahaja kepentingan pun, pastinya dengan menggunakan tangan. Pendek kata, tulis tangan. Ada kertas, ada pen barulah boleh mencatat. Tapi sekarang, lantaran revolusi teknologi, rasanya bukan sesuatu yang canggung jika aku tanya kepada kau : berapa kali kau menulis dengan menggunakan tangan dalam seminggu ini selain daripada menulis untuk tujuan kerja??

Lantas, dengan melihat fenomena seperti ini, secara jujurnya, pada pendapat kau, pada 40-50 tahun akan datang, mungkinkah aktiviti menulis dengan menggunakan tangan ini hanya akan menjadi satu seni? Seperti seni melukis, mereka cipta, mempertahankan diri? Kau pun tahu, seni-seni ini hanya dikuasai oleh segelintir masyarakat. Tidak semua boleh menguasai seni-seni seperti ini. Sebab, seni-seni seperti ini tidak disosialisasikan dalam kalangan masyarakat kita. Ianya wujud, tapi tidak dipentingkan. Ianya ada, tapi jarang dipraktikkan. Oleh sebab jarang dipraktikkan, maka seni lukis, seni mereka cipta, seni mempertahankan diri menjadi sebuah seni yang dianggap luar alam. Hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang boleh menguasai seni itu. Jadi, apabila melihat perkembangan teknologi sekarang, rasa-rasanya, pada 40-50 tahun akan datang, apabila budak TABIKA diajar mengenal nombor dan abjad dengan menggunakan komputer, diajar menulis dengan menaip, maka akan berkemungkinankah "menulis" juga akan hanya menjadi satu seni yang bersifat luar alam pada 40 atau 50 tahun akan datang?? Hurmmm... mungkin.

1 comment:

  1. testing.uit ubi.ni blog baru aku.lama pnya dh x ingt password!nice kupasan anyway.

    ReplyDelete