Monday, March 1, 2010

tepat vs paling tepat

Escapetisme. Lari dari kenyataan. Ponteng. Semua leksikal ini sejenis. Semaksud. Sefungsi. Semuanya membawa kepada keadaan lega yang sebentar. Sementara. Sekejap. Tapi, walaupun sebentar. Meskipun sekejap. Sekurang-kurangnya, masih ada jalan untuk kita atau mungkin juga mereka untuk lari sebentar dari kenyataan. Kenyataan yang lazimnya menyakitkan. Kenyataan yang biasanya berakhir dengan tragedi. Tragedi yang akhirnya menampal parut-parut di dasar hati. Menambahkan lagi bilangan parut yang sedia ada. Himpinan parut yang kadang kala cukup kuat untuk membiulkan otak. Cukup sifat untuk membejatkan akal. Tapi, benarkah?? cukup bijakkah pilihan itu??

Hakikatnya, walau apapun keadaannya, bagaimanapun kau mahu lari dari kenyataan, hakikatnya kenyataan itu masih ada. Teguh di situ. Mungkin kau boleh tidur untuk lari sekejap dari kenyataan. Mungkin kau boleh memasang headfon sehingga memecahkan gegendang telinga atau mungkin kau boleh membuat vandalisme. Tapi dengan kau tidur, mendengar muzik hingga pecah kepala atau kau rosakkan apa atau sesiapa pun itu, semua itu bukan bermakna kau melenyapkan kenyataan terus. Kau hanya melambatkan kenyataan itu berlalu dan ianya sebenarnya lebih menyakitkan!!

*dengan ini, aku mengaku, aku sebenarnya sedang memilih sebuah pilihan yang salah.

No comments:

Post a Comment