Thursday, January 6, 2011

Jangan salah pilih...

Aku selalu kata kepada diri aku sendiri, juga kepada orang-orang sekeliling aku yang tiba-tiba meluahkan perasaan sakit hati mereka atas perkara-perkara buruk yang terjadi ke atas mereka selepas mengambil satu keputusan. Sudah tentu keputusan itu keputusan mereka sendiri. Aku kata : “hidup ini ada banyak pilihan..” Betul?

Hal ini bermakna, sebelum kau tersakit hati secara tiba-tiba disebabkan oleh keputusan yang KAU ambil itu, kau kena akui, kau sebenarnya ada banyak pilihan, dan! Salah satu pilihan yang ada ialah dengan TIDAK memilih pilihan yang kau ambil sekarang ini. Betul?

Tapi, Oleh sebab kau sudah terlanjur memilih pilihan kau sekarang ini, yang menyebabkan kau dengan secara tiba-tibanya menjerit tidak puas hati, meraung memaki diri atau menyesali pilihan yang kau pilih sendiri itu, aku nasihatkan (maaf, aku sedar, kau sekarang bukan perlukan nasihat, tapi bacalah ini sebagai satu kata-kata daripada Barrack Obama yang kau sanjung tinggi itu), Terimalah pilihan kau itu seadaanya. Cubalah terima kenyataan yang kau sudah memilih pilihan itu dan cubalah untuk hidup aman damai dengan pilihan YANG KAU BUAT ITU! Jangan menjerit di depan aku, dia dan mereka. Kami tidak bersalah dengan pilihan kau itu!

No comments:

Post a Comment