Friday, January 7, 2011

Si pikun gila

Tahu apa? Sikap manusia yang paling bahaya ialah "suka menilai membabi buta". Aku tahu, fitrah manusia suka memandang sesuatu yang indah, cantik dan sesinonim dengannya. DIA sukakan keindahan, dan begitu juga kita. Tapi, harus diingat, DIA Maha Mengetahui dan! kita tidak. Maka, manifestasi daripada itu, keindahan luaran yang dilihat itu akan menjadi sangat bahaya sebab, daripada memandang, kita akan mula menilai hanya berdasarkan rupa luarannya, membuat generalisasi secara tergesa-gesa, dan kemudian, hasil daripada penilaian yang belum tentu benar itu, kita akan mula memujanya. Lantas, apabila sudah mula memujanya, maka hilang segala kewarasan! yang tinggal hanya gila.
Dan, apabila sudah gila, maka kekallah kita di situ, terperangkap dalam gila. Masa terus berlalu... kau, aku dan mereka masih statik. Masih gila dan mungkin semakin gila apabila "yang indah" tadi terus gembira bermain bersama masanya. Meninggalkan kita sendirian gila dan bertambah gila. Terperangkap begitu, akal terbejat, sedangkan masa terus berjalan, menyebabkan kita menjadi pikun. Pikun, tapi gila.

No comments:

Post a Comment