Friday, November 27, 2009

Aku Sakit


Aku membuang pandang ke luar tingkap, melewati tingkap yang dipenuhi habuk dan tampalan sticker, sticker amaran larangan membuang sampah ke luar tingkap! Nasib baik aku hanya membuang pandang, kalau tidak! mungkin aku akan menepati ciri-ciri victim yang perlu membayar rm50! walaupun sampah yang dibuang mungkin hanya kulit gula-gula hacks!! Masih melihat ke luar dengan halwa telinga disumbat dengan alunan instrumental spring time!. Masih memandang, memandang untuk mencari konklusi (mungkin) atau hanya ingin melepaskan sesak di dada! dan membiarkan sendi kematu kerana kaku terlalu lama!

Di luar sana, tiada siapa yang menyambut pandangan!. Aku cuba menyapa burung, tapi dia terus terbang riang! Ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang, ke atas dan ke bawah!! Sedikit pun tidak memandang aku. Entah! Mungkin dia tidak perasan. Atau tidak ingin membebankan dirinya memandang aku dengan sejuta kekalutan!! Hidupnya sudah cukup bahagia begitu dan aku tahu, dia tidak bersalah kalaupun dia terus bersikap begitu.

Aku meneruskan perjalanan, dan singgah sekejap di dataran konkrit! Pandangan aku singgah di situ!. Tanpa dijemput, tanpa disuruh!! Tapi, seperti yang aku jangka, konkrit bisu itu diam! Memandang aku tanpa perasaan! Dia tidak mengerti kepenatan aku merentas lautan jerebu sehingga aku sampai kepadanya. Dia tidak mengerti! Aku tahu, aku tidak boleh menyalahkannya. Di atasnya pula, dihuni oleh jutaan, eh! salah!! billion mereka yang berfikiran dangkal! dan berjiwa haprak!! Sangat sukar mencari mereka yang benar2 waras! dan! konkrit itu didominasi sehingga hitam!! dan dimanipulasi sehingga diam!!!

Sekali lagi pandangan aku meneruskan perjalanan, dan cuba meminta simpati kepada awan yang kelihatan cantik dengan bentuk yang pelbagai! Abstrak!! Dia menyapa aku ramah!! Aku gembira!! Eh! Salah!! Aku sebenarnya sangat gembira!! Ya!! Sangat gembira!! Namun!, tiba-tiba angin kuat datang meniupnya, jauh! Bentuknya juga bertukar raksasa! Kali ini, aku disakiti! Aku dibelasah sehingga layu!! Tiba2 datang mentari, menyapa aku! Namun, kemudian! mengajak aku bermain catur! Aku sakit! Terlalu sakit untuk kau ajak bertarung!!


4 comments: