Saturday, January 30, 2010

street fighter : The Legend Of Chun Li


Ingat lagi, dulu-dulu, masa aku masih suka melayan kartun, antara kartun yang aku layan ialah Dragon Ball, Sailormoon (hahaha) dan kartun ni, Street Fighter. Jadi, boleh dikatakan semuanya yang berunsurkan keganasan. No wonder la aku suka dan amat minat belajar taek won do. Sebab, pangaruh kartun masa aku masih melayan kartun. hehehe. Tapi sekarang, aku amat jarang menonton kartun. Bukan tiada masa, tapi sudah menjadi kurang minat. Eheks!!

Tapi semalam, semasa aku menyelongkar external hard disk kawan aku yang dipenuhi dengan movie-movie, aku ternampak file yang bertajuk Street Fighter : The Legend Of Chun Li. Terus aku tekan ctrl C dan pastekan ke disk D laptop aku. Dan, pagi ini,selepas menonton Home Alone 1 dan 3, aku sambung melayan kartun yang telah dimoviekan ini. Memang best!!!

Pelakon yang menjadi Chun Li ialah the one yang jadi heroin Smallville tu. Kristen Kreuk!. Memang sesuai laa.. sangat sesuai. Tapi, tidak semua watak dalam kartun street fighter itu telah direalitikan. Hanya watak Chun Li. Watak Ryu dan Ken tidak ada dalam movie ini. Tapi, aku harap akan ada Street Fighter II yang ada kedua-dua watak ini. Bukan apa, selain mereka ini hensem dan sangat hebat berlawan, persahabatan dua sahabat ini memang best!. Real friendship! Dalam kartun tu laa... kalau dalam movie nanti (kalau difilemkan laa) mereka ini dijadikan seteru, memang aku xkan tengok la movie tu nanti.

Movie lain yang aku tengok semalam ialah Home Alone. Home Alone 1 dan 3. Haha. Dulu-dulu, masa krismas ja, mesti ada movie ni ditayangkan dan aku x pernah missed. dan melihat untuk kali yang keberapa pun, aku xkan bosan. Cute bah!

Lepas ni, aku akan menonton final destination I, II, dan III, little bride, fantastic four dan gokusen. hahaha.. bila aku buat revision nih?? Hailaaaa... Kau buat apa tu? tengok movie juga ka?? haha

No comments:

Post a Comment