Wednesday, October 14, 2009

Belajar untuk hidup. Hidup untuk apa???

Saya belajar bahawa
saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya.
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai.

Saya belajar bahawa
perlukan waktu bertahun-tahun untuk membina sebuah kepercayaan
dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya.

Saya belajar bahawa
sahabat terbaik sentiasa bersama saya
dan kami dapat melakukan banyak hal bersama

Saya belajar bahawa
orang yang saya anggap ialah orang yang jahat
sebenarnya ialah insan yang
membangkitkan semangat hidup saya kembali
serta insan yang begitu prihatin terhadap saya

Saya belajar bahawa
persahabatan sejati sentiasa mekar
walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati

Saya belajar bahawa
jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan,
bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya

Saya belajar bahawa
sebaik-baik sahabat itu,
mereka pasti pernah melukai perasaan saya,
dan untuk itu saya harus memaafkan mereka

Saya belajar bahawa
saya harus mengampuni diri sendiri
dan orang lain jika tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus

Saya belajar bahawa
persekitaran dapat mempengaruhi peribadi saya,
namun saya harus bertanggungjawab
untuk apa yang telah saya lakukan

Saya belajar bahawa
dua insan dapat melihat sebuah benda,
tapi kadang kala dari sudut pandangan yang berbeza

Saya belajar bahawa
tidaklah penting apa yang saya miliki,
tapi yang penting ialah siapa saya ini sebenarnya

Saya belajar bahawa
tidak ada yang mudah dan cepat di dunia ini,
semuanya perlukan proses dan perkembangan
kecuali jika saya mahu sakit hati

Saya belajar bahawa
saya harus memilih sama ada
menguasai sikap dan emosi
atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya

Saya belajar bahawa
saya ada hak untuk marah
tetapi itu bukan bererti saya harus
benci dan bersikap tidak sopan

Saya belajar bahawa
kata-kata manis tanpa tindakan ialah
saat perpisahan dengan orang yang saya cintai.

Saya belajar bahawa
orang-orang yang saya kasihi
sering diambil segera dari kehidupan saya

Love doesn’t make the world round
Love is what makes the ride worth while

Sehingga kini.. saya masih belajar.
Saya sedar, perjalanan ini masih panjang
dan terlalu banyak lagi yang saya perlu pelajari.

No comments:

Post a Comment