Wednesday, October 14, 2009

Mengapa

Mengapa diukur hala diri
sedangkan naluri sudah mengerti,
Mengapa dihimpit akal yang sempit
sedangkan haluan teratur sudah disaji,
Mengapa disusun langkah yang teratur
sedangkan hidup hanya mengejar ilusi,

Mengapa ditegur orang berlari
sedangkan kita hanya bertatih,
Mengapa dibiar jiwa yang resah
sedangkan boleh sujud kepada Yang Kuasa,
Mengapa dikejar dunia sementara
sedangkan akhirat menanti penuh setia,

Mengapa dimusnahkan kejujuran
sedangkan percaya sudah diraih,
Mengapa diminta pada yang lemah
sedangkan boleh meminta kepada yang Kuasa,
Mengapa direla air mata menangis kerana hamba
sedangkan tahu lebih mulia jika dihadiahkan kepadaNya,
Mengapa dikesal aturan hidup penuh berliku
sedang sedar ianya perlu,

Mengapa dibiar diri memilih
sedangkan pilihan sudah diberi sejak azali,
Mengapa disia-siakan keajaiban alam
sedangkan boleh membimbing kita kearah-Nya,
Mengapa dimusnah janji setia
sedangkan di alam rohani kita menganguk penuh rela,
Mengapa diabai Quran dan Sunnah
sedangkan di dalamnya terdapat rahsia terbesar dunia,

Mengapa ditaksub amalan Yahudi
sedangkan kita dibekalkan Hikmah oleh Ilahi,
Mengapa diulang kesilapan lama
sedangkan hidup boleh dipandu sejarah,

Mengapa dibuang perasaan malu
sedangkan ia dicipta untuk menjaga maruahmu,
Mengapa dicari cinta manusia
sedangkan cinta Allah itu lebih Sempurna,
Mengapa diimani perkara yang dusta
sedangkan kebenaran terbukti di depan mata.

Mengapa?
Mengapa??
dan mengapa???

sehingga kini, aku masih berfikir---

No comments:

Post a Comment