Monday, November 30, 2009

kau bagaimana?

Korea

Tiba-tiba aku terfikir tentang perkara ini. Tiada maksud apa-apa, cuma suka-suka. Mengisi masa lapang aku yang memang sangat lapang ini. Adoi laaa... OK!. Apa kriteria kau untuk mencari pasangan duet kau? Bukan pasangan duet kau menyanyi, tu aku tahu. Asal tahu menyanyi, jalan! Kan? kan?. Ke bukan? heheh..

Pasangan duet yang aku maksudkan di sini ialahhh pasangan hidup kau sehingga akhir hayat kau. Kira, mencari kekasih sepanjang hayat kau laa..Tiada alasan! Cuma suka-suka. Sengaja menimbulkan persoalan kepada mereka yang mungkin belum terfikir (mungkin) atau aku memang sudah terlalu bosan dengan kerja membuang masa di bilik! Haha! Jadi, apa??. Eheks!!

Kalaulah kau masih ada pilihan untuk memilih, apa kriteria yang ada dalam senarai kau untuk mencari pasangan duet sepanjang hayat kau?. Adakah penampilannya?. Yang sopan?. Yang kurang sopan?. Yang tidak sopan?.. Tapi, yang sopan itu pula yang bagaimana?. dan yang tidak sopan itu pula yang bagaimana??. Atau rupanya? Yang cute? yang anggun? yang ayu? yang hitam manis? atau yang manis saja, atau hitam saja? Hik3. Atau kebijaksanaannya? Yang bijak itu pula yang bagaimana? Atau tingkah lakunya? Yang baik hati? pemaaf? pemurah?. bagaimana pula mahu mencari mereka ang baik hati, pemaaf, pemurah ini ya? Di mana mereka ini?

Entahlah!. Aku, kau, dia dan mereka berhak menetapkan kriteria pasangan duet sepanjang hayat kita. Tapi!. Sahabat aku kata, jangan menilai orang secara membabi buta. Betul! Lagi dia kata, jangan meletakkan harapan yang tinggi terhadap seseorang yang belum kita kenali!. Jangan!!. Sebab, hanya kerana kita tersalah nilai orang, kadang-kadang kita akan melabelkan seseorang yang kita pandang tinggi hati budinya itu sebagai "tidak baik" hanya apabila kita telah mengetahui sikap dan perangai buruknya yang dalam tanggapan kita sebelum ini sebagai "tidak mungkin" orang itu begitu. Tidak baik begitu kan? kan? Eheks!! Lagipun, kita sering diingatkan dengan fakta : Nobody's perfect! dan ianya betul!!! Tapi, bukankah apabila kita sudah menerima seseorang itu, maka bererti kita sanggup menjadi pelengkap kekurangannya? bukan ke? eheks!!

*Kau nampak gambar di atas tu?. Kalau diberi kesempatan untuk menyukai orang, dan diberi peluang untuk memilih orang yang aku suka, aku mahu melepak di situ semasa hari jadi aku satu hari nanti, bersama-sama orang yang aku suka. Kalau aku diberi peluang. Eheks!!


2 comments:

  1. Tiada sesiapa didunia fana ini yg sempurna,termasuk haiwan manusia jin dan syaitan....
    Cuma yg sempurna adalah YANG telah dipilih oleh NYA....
    Dunia hanya sementara......
    Akhirat kekal abadi.......
    Setiap perjalanan hidup telah ditentukan oleh NYA...
    Usaha,taqwa dan amal ibadat penentu ukur kehidupan seseorang...
    Cinta manusia bukanlah kekal selamanya...
    Cinta pada NYA adalah paling utama dengan syarat menjalankan kewajipannya dan melaksanakan suruhan NYA..

    ReplyDelete