Tuesday, January 26, 2010

...dan mungkin tidak!

Halwa telinga disumbat dengan headfon, dari tadinya meniarap atas lantai menyiapkan lesson plan ke tersandar menghadap laptop. Mereka terasa bisu. Hanya mp3 yang bersuara. Entah, kebelakangan ini aku lebih suka begini. Mungkin sebab aku masih belum biasa, atau tidak dapat menerima. Duduk berkelompok begini, sama baya, sama derita, tapi aku masih belum biasa, masih belum dapat menerima. Apabila mereka berkongsi rasa, apabila mereka bertukar bicara, mengenai penilaian mereka terhadap sesuatu, atau seseorang. Dan, apabila aku kadang-kadang menjadi subjek bicara, subjek penilaian. Penilaian yang aku pasti salah! Maka, aku semakin suka begini. Tenggelam bersama muzik. Mungkin salah aku kerana aku tidak suka dinilai dan menyebabkan aku tidak suka mendengar orang lain dinilai dan apatah lagi kalau yang dinilai itu ialah AKU.

Fullstop!

Lama x melukis. Rindu rasanya! Pensil mekanikal aku lebih banyak membuat garisan lurus dan melintang atas buku log yang setebal setengah kamus dewan itu. Hailaaa...

No comments:

Post a Comment