Saturday, January 16, 2010

...di ruang realiti

Bangun pagi, tunaikan subuh dan sempat baca al-ma'thurat untuk menyatakan syukur. Alhamdulillah. Apabila jam menunjukkan angka 7 pagi, rasa malas pula balik ke bilik, tidur. Kelakuan luar kotak biasa! Hahaha. Tapi, untuk ke dapur jerang air dan buat sarapan juga aku malas. Tapi, ini ialah perkara biasa. Hehehe...Akhirnya, novel Hlovate bertajuk "Rooftop Rant" yang sudah dibaca hampir setengah aku capai dari atas meja buat lesson plan. Mengalihkan penanda buku dan kembali membaca dengan khusuknya. Ketawa, senyum, berkerut dahi ketika perlu. Hahaha... (macam ala-ala cerpen pula tulisan aku ni kan) hahaha. Salahkan Hlovate!!!

Hlovate. Aku sebenarnya, baru hampir sebulan ni kenal dengan penulis ini. Sungguh laaa... Mula-mula masa aku dengar nama penulis ini, aku ingat penulis dari benua amerika mana! Jadi, aku abaikan disebabkan kebodohan aku guna bahasa orang-orang benua amerika tu. Tapi, tiba-tiba aku ternampak folder dengan nama ini di laptop aku, lebih kurang sebulan yang lepas. Adik aku si cha tu la punya folder. Bila aku buka, hek elehhhh... novel rupanya.... dan lagi mengejutkan, novel itu ditulis dengan guna bahasa Melayu! Tajuk novel tu, versus. Bila baca part 1, rasa macam best ja. Terus pula baca part 2... Semakin best! Baca lagi part 3. Best2!! Lagi, buka part 4.. ek? Part 4 mana?? Mula-mula aku ingat, adik aku si cha tu terlepas pandang untuk download. Aku buka lagi part 5. xda juga! Masih boleh rasional lagi. Buka lagi Part 6, xda juga!! Masa ni, geram mula naik tangga ke otak. Part 7, xda lagi!!! Geram semakin laju naik tangga! Part 8, xda juga!!!! Geram sudah sampai ke otak dan membawa bersama marah dan carutan! Logik sudah hilang dalam kepala. Entah, geram, marah dan carutan sudah campak ke gaung mana. Nasib baik bila aku buka file MS Word part 8 cerita tu ada sambungan cerita tu. Tapi, otak yang tadinya penuh geram dan marah, tiba-tiba bertukar tanda tanya.

Sudah melangkau beberapa part, perwatakan watak dan background cerita sudah bertukar 270 darjah. Hampir tidak difahami. Macam awal tadi, aku baca guna bahasa Melayu dan sekarang baca guna bahasa Eskimo. Haha. Jadi, aku pun mula mencari nama penulis ini... owh! Rupanya, sudah banyak buku beliau yang diterbitkan di pasaran. Dan cerita versus yang baru aku baca ni belum ada printed version dia lagi. Baru ada di blog beliau... Setakat ni, antara Hlovate yang release di pasaran ialah Rooftop Rant, 5 tahun 5 bulan, Ked's Story, Aa + Bb, Tunas... Hem... Rupanyaaa...

Rupanya, Hlovate ni sudah lama kerja menulis novel. Dan cerita2 beliau ada di blog beliau. Ciss!! Punya laa lambat aku ni. Sungguh laaa... kalau sepatutnya bas pertama ke marikh 10 tahun lepas, aku mungkin berada di antara mereka yang ikut bas terakhir ke marikh. Hahaha! Whatever! Kata kawan aku, "better late than never". Haha. Mulanya, aku sungguh tidak setuju dengan kata-kata ini dulu. Sebabnya, Late stand for "LAMPI" dan LAMPI stand for LAMbat PIck up dan Lambat Pick Up stand for "menyusahkan orang". Kalau orang tidak susah, diri sendiri pasti kena bahananya!. Tapi, apa-apa ajalah!

Setakat ni, aku baru baca ked's story dan terdapat dalam novel bertajuk Pelangi bersama dua cerita dari penulis lain, Aa + Bb, 5 tahun 5 bulan dan yang sedang berusaha aku habiskan di antara kesibukan membuat lesson plan dan dalam kebiulan menghadapi karenah budak di sekolah!. Nasib baik dapat cuti ekstra hari ahad ni sebab Hari Keputeraan Sultan Kedah!. Panjang sikit la cuti untuk membaca novel ni dan novel tajuk Kapten Hassan yang sangat bosan itu! Aku yang mengajar ni pun rasa liat membaca novel tu, apatah lagi budak-budak tu yang baru mahu merasa keseronokan dunia! Adoi laaa... Cuba bagi novel Hlovate ni kaa... novel RAM ka... ok juga. X pun, bagi baca novel Masuk ke dalam Cahaya karya Abdullah Hussain, bukan xda unsur-unsur pengajaran. Malah, lagi banyak pengajarannya adalah. Sebab, novel2 Hlovate ni, watak2 yang ada dan jalan cerita yang digarap merupakan realiti kehidupan yang memang dilalui oleh manusia macam kau dan aku. Contohnya, watak Batrisya merupakan budak bermasalah yang lahir dari keretakan institusi rumah tangga mak dan bapaknya. Apa-apa aja lah!! Yang pasti, kalau pun aku buat memorandum kepada KPM minta tukar novel2 yang ada dala silibus sekolah sekarang kepada novel-novel yang aku suka tu, mungkin paling kuman, 10 tahun akan datang baru dapat respon kut... kalau diluluskan. Atau tidak mungkin akan diluluskan langsung malah mungkin aku terpaksa pula turun naik mahkamah sebab berani menentang keputusan kerajaan, sebab! demokrasi sebenarnya = "saya menurut perintah". Kau sedar tidak hakikat tu?. Eheks!!

Dijadikan cerita, sebab sudah angau dengan cerita Hlovate, aku dengan yakinnya pergi ke Popular BJ untuk mencari novel-novel beliau. Tapi, bila sampai ke Popular BJ, buku Hlovate semua sold out. Sungguh laaa.. nasib baik pekerja popular tu berjaya mengesan ke'desperate'an aku untuk membaca novel-novel Hlovate masa tu, maka beliau pun mencadangkan aku pergi ke Popular cawangan Tesco dan sungguh baik hati memberikan aku nombor telefon ofis Popular cawangan Tesco tu... Alahai laaa... Aku rasa, mungkin masa tu ayat "aku mahu baca novel Hlovate" sudah tertulis atas dahi aku. hahaha... Dan, setelah bersusah payah, turun naik bas, akhirnya aku berjaya memiliki novel Pelangi, Rooftop Rant, Aa + Bb dan 5 Tahun 5 Bulan.... Tunas memang sudah kirim salam selamat tinggal awal-awal. Memang sudah tidak dapat dikesan. Kira bersyukur juga laa...

Bukan apa, cara penulisan dan gaya bahasa Hlovate memang luar bumi punya bahasa. Jalan cerita pula memang merupakan realiti kehidupan manusia macam kau dan aku. Mungkin juga mereka. Atau, mungkin juga sebab aku dan watak yang digambarkan sesikap? seperasaan? cara berfikir antara aku dan watak2 yang digambarkan sejalan? Sealiran?.

Addin, dalam Aa + Bb dan aku dalam realiti ini menganggap hanya satu kesudahan dalam bercinta iaitu kahwin. Tidak ada istilah trial and error dalam bercinta. Kita yang manusia ini begitu mulia di sisi Allah dan aku, kau dan mereka tidak berhak menjadikan sesiapa pun sebagai bahan uji kaji dalam usaha untuk mencari kebahagiaan diri sendiri. Mencari, kemudian ingin mengenali, kemudian meninggalkan setelah mendapati yang telah dijumpai dan dikenali itu tidak sesuai!. Sungguh laaa...

Trisy, dalam Rooftop Rant dan aku dalam realiti hidup ini amat sukar berkongsi masalah dengan orang lain. Kecewa dan marah, sedih dan tidak puas hati dijeruk sendiri. Memang! Berkongsi dan meluahkan rasa itu bukan satu jenayah. Tapi, ia juga bukan sesuatu yang sangat mudah seperti membuka kulit kacang!. Kalau ada pun, mungkin aku lebih senang meluahkan rasa melalui puisi. haha. Sekurang-kurangnya, sejarah tidak pernah mencatatkan puisi pernah bercerita kepada orang, tidak pernah masuk dalam Metro, puisi pernah memukul orang. Dan setakat ini, aku tidak pernah sekali pun mendengar ada orang bernama "puisi". Hik2

Apa-apa saja lah. Memang sukar keluar dari stigma. Itu aku tahu dan amat faham. Dan aku amat faham kalau ada mereka yang berpendapat, wanita itu umpama kertas tisu yang boleh dibeli dan dibuang ikut suka hati mereka. Manusia itu umpama bahan uji kaji sebelum menemui seseorang yang benar-benar boleh bagi bahagia kepada mereka. Ya. Aku rasa, aku amat faham. Betul-betul faham!

Teringat pula kisah nabi Musa dengan nabi Khidir dalam surah al-kahfi, semasa nabi Musa berjalan berdua bersama dengan nabi Khidir, nabi Khidir tiba-tiba membunuh seorang budak yang menyebabkan nabi Musa marah. Tapi, rupanya, nabi Khidir berbuat begitu sebab baginda mendapat wahyu mengatakan bahawa budak itu akan menjadi jahat dan menzalimi ibu bapanya.

…barangkali kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu…dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu…Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)


Tiba-tiba aku jadi penasihat hari ini. Hemmm

2 comments:

  1. bie..
    aku pn suka gak dgn novel Hlovate..
    aku dh bc yg 5 taun 5 bln tu..smpi trbwk ke mmpi siot..gile x gile aku ni..haha.. :p

    ReplyDelete
  2. hahaha! best juga tu. lagi best kalau ko x balik ke dunia realiti. mcm best jek jadi joanna dalam novel tu. haha! jadi addin dalam Aa +Bb pun best juga! hahaha.. kalu ko mimpi lagi skali, bawak aku skali tau. Paling kurang pun, sampaikan salam aku pada Hlovate. hahahah

    ReplyDelete