Thursday, January 13, 2011

aku cuma perlukan sedikit belas kasihan~

SUNGGUH. Sangat sukar untuk keluar daripada stigma. Stigma yang wujud, mungkin daripada singkatnya masa kita menemui sesuatu, ataupun sesiapa itu. Entahlah. Kawan kepada kawan aku cakap, witin tresno jalaran soko kulino dalam bahasa Jawa yang bermaksud timbulnya sayang kerana terbiasa berdekatan. Katanya sambil senyum kepada aku satu ketika dulu. Tapi, sepanjang aku hidup dan membesar dalam lingkungan masyarakat ini, aku lebih bersetuju dengan satu pepatah Inggeris, Familiriaty breeds contempt : bila terlalu dekat, maka tiada lagi keburukan dan kebaikan sikap masing-masing yang tersembunyi. Hilang segala kekaguman dan penghormatan!

Aku, masih seperti dulu. Aku bukan siapa-siapa, jauh sekali mahu meminta mereka menghamparkan kapit merah menyambut aku. Tidak. Aku tahu dengan sesungguhnya bahawa, kau atau mereka berhak untuk tidak berhenti membantu, apatah lagi senyum gembira menghulurkan salam. Cuma, apabila sesuatu itu namanya "tanggungjawab", dan "tanggungjawab" itu terkait secara tidak langsung dengan aku, maka, aku mahukan situasi dalam bentuk kerjasama daripada mereka atau dia agar dapat meringankan sedikit ke'kompleks'an hidup aku yang memang sedia kompleks ini. Aku cuma perlukan sedikit belas kasihan. Hidup aku sudah terlalu kompleks, maka, jika kau tambah walau hanya 0.1% kekompleksan di dalamnya, aku tidak jamin, insan yang akan bangun esok pagi itu, adakah masih sama dengan insan yang sedang menaip dan berfikir ketika ini.







No comments:

Post a Comment