Wednesday, November 18, 2009

dari satu titik


Hidup ini bermula dari satu. Setuju?
Satu itu kata lain bagi permulaan. Setuju??
Maka, apa yang aku ingin katakan di sini, untuk bergerak, maka kita perlu berganjak dari angka satu itu atau dengan kata lain, perlu meneruskan perjalanan. Arakian, namanya bukan lagi permulaan. Setuju??

Kemudian, apabila kita sudah bergerak, maka kita akan menemui banyak jalan. Jalan pintas, jalan simpang, jalan berlubang, jalan batu, jalan berlumpur, jalan sempit, jalan besar dan yang paling bahaya, JALAN MATI!!.

Aku bukan ingin berbicara mengenai jenis jalan pada entri kali ini, tunggulah pada entri akan datang, atau kau pergi saja selongkar laman web Kementerian Kerja Raya. eheks!! Apa yang aku ingin tekankan di sini, ketika menemui jalan-jalan ini, kadang-kadang kita mengeluh kerana disebabkan jalan itu berlumpur, maka terhenti sekejap perjalanan kita kerana, berfikir bagaimana untuk mengelakkan daripada dikotori lumpur, atau mungkin akan ternoda juga, tapi cuba berfikir bagaimana meminimumkan kekotoran itu. Apatah lagi kalau jalan itu, sempit dan berlubang!!

Kalau silap dan tidak berhati-hati, kita akan terjatuh pula ke dalam lubang yang dipenuhi lumpur itu. Maka, basahlah kita dengan dikotori lumpur!! bukan setakat kaki, tapi mungkin separuh daripada badan kita akan dicaliti. KOTOR dan HODOH!! Ketika jatuh itu pula, mungkin kaki kita terseliauh atau patah!! Maka, di situ lah kita... di dalam lumpur hanyir itu. Pada mulanya, kita tidak selesa. Tapi, setelah beberapa ketika, kita malah suka di situ.

Kemudian, oleh kerana rahmat-NYA yang tidak pernah putus, maka DIA datangkan seseorang untuk membantu kita bangun, dan keluar dari situ. Lalu, berjalanlah kita lagi. Dengan tenaga yang masih bersisa, lumpur hanyir dan hodoh menyaluti kita, kita meneruskan perjalanan. Terus, berjalan tanpa henti sehingga ke satu saat yang tidak pasti.

...kita dari satu titik sehingga ke titik yang tidak pasti...

No comments:

Post a Comment