Friday, November 20, 2009

Kau sekolah takat mana?


"tak nak teruskan derita tanpa berusaha nak cari kebahagiaan"

Kata seseorang yang aku kenal rapat lagi amat kasih apabila kami berborak thru YM pada satu ketika. Tentunya perbincangan kami dari hal ehwal negara sehingga sampai ke simpang yang menyebabkan kami berbincang pula hal perasaan yang satu ini : Bahagia : Hanya satu perkataan, tetapi membawa makna yang sangat dalam.

Apa itu bahagia?

Mungkin, kalau aku bertanya kepada kau secara face-to-face, mungkin kau akan kata "kau ni bodoh ke bahlul atau memang spesis botol yang memang biul?" ataupun kau terus ambil cangkul dan bunuh aku pada masa itu juga! Eheks!! Jadi, sebelum aku kau pelangkung atau kau cincang, marilah kita berbincang secara aman dahulu. Eheks!!

Sahabat aku kata, bahagia itu gembira. Iyah!! Aku setuju!! Bahagia itu ialah perasaan yang menggembirakan. Tentunya!!! Kalau kau bahagia, tapi kau tidak gembira, maka, lebih baik kau cepat2 pindah planet, sebab mungkin kau ialah makhluk asing!!!

Tapi adakah gembira itu bahagia? Kata sahabat aku, bukan!! Gembira itu satu keadaan. Keadaan yang tercetus kerana kita membuat sesuatu yang menggembirakan. Ia bersifat sementara. Maksudnya, kalau aku gembira, bukan bermakna aku bahagia. Begitu?? Kata sahabat aku, Ya!. Dia kata lagi, bahagia, walau kita nampak depan mata sekalipun sesuatu yang boleh buat kita bahagia, tapi kalau ia bukan untuk kita, walau tarik kiri, tolak kanan, pelangkung depan, sondol belakang sekalipun, kita tidak akan dapat! Itu Harga Bahagia!!!

Jadi, bagaimana untuk bahagia?. Sahabat aku kata, untuk bahagia, kita tidak perlukan ego. Kenapa?. Sahabat aku terdiam dan tiba2 menjerit! "itu pun nak tanya ka?!! Kau ni sekolah takat darjah berapa??". Hehehe

Kau tanya aku kenapa?? Kau ni sekolah takat mana?? Eheks!!!


No comments:

Post a Comment